Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Badan Melayu/Islam akur potensi luaskan kerjasama

Jun 30, 2018 | 05:30 AM



BADAN Melayu/Islam akur dengan potensi untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam bidang tertentu untuk memberi manfaat kepada masyarakat.



Ini akan memerlukan mereka untuk mengetepikan apa-apa perbezaan pandangan atau pendekatan, dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama.



Kerjasama itu juga bukan sahaja melibatkan badan Melayu/Islam, bahkan dengan badan bukan Islam juga.



Beberapa pemimpin badan Melayu/Islam berkata demikian ketika mengulas tentang rangka kerja M3 iaitu singkatan bagi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Wawasan dan rangka kerja M3 itu disebutkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya kelmarin.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang berkata M3 akan turut melibatkan badan Melayu/Islam lain.



"Setiap badan Melayu/Islam mempunyai kekuatan, tenaga dan usaha mereka sendiri untuk menangani masalah dalam masyarakat kita. Masing-masing mempunyai hala tuju dan pelan kerja sendiri.



"Itulah mungkin cabaran awalnya. Kita perlu duduk berbincang dengan lebih lanjut lagi. Kalau kita teruskan kerjasama, kita dapat meningkatkan lagi keberkesanannya segala usaha kita," ujar Cik Rahayu.



Setiausaha Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Nadia Yeo, melihat potensi bagi badan Melayu/Islam bekerjasama untuk memperkukuh keluarga.



Beliau setuju dengan sahutan Encik Masagos untuk tidak menganggap golongan memerlukan sebagai mangsa yang perlu diselamatkan tetapi sebagai bakal pemimpin yang berpotensi.



"Inilah di mana persatuan seperti PPIS dapat memberi kerjasama dengan 3M. Kami boleh menyokong dan membina keluarga yang dapat berdaya tahan," ujar Cik Nadia.



Presiden Angkatan Karyawan Islam (AMP) Muda Encik Hazni Aris berkata AMP Muda dan AMP sentiasa mahu kerjasama bukan sahaja dengan badan Melayu/Islam lain, bahkan dengan akar umbi dan badan nasional.



"Dengan ucapan menteri ini, saya rasa kita boleh fikirkan tentang apa lagi yang boleh dilakukan selain program memperkasa karyawan, tentang cara untuk mengembangkan aspek modal insan contohnya," ujar Encik Hazni.



Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, pula berkata masyarakat Melayu/Islam perlu memikirkan cara kreatif, dinamik dan baru mendekati kumpulan yang belum dijangkau, seperti karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan orang muda.



"Program yang sudah pun dilakukan sejauh ini - sayang untuk kita membuat perubahan kepada sesuatu yang menunjukkan kesannya. Kita perlu lihat untuk memperbaikinya, dan melihat isunya dengan lebih mendalam dan meluas, dan bagaimana memberi sokongan lebih menyeluruh.



"Kita perlu sikap terbuka, kreatif, dan mahu melakukan sesuatu yang lebih baik dan baru untuk masyarakat kita," ujar Cik Rahayu.



Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, berkata satu lagi bidang kerjasama yang boleh diluaskan adalah dalam pembelajaran sepanjang hayat.



"Jika kita gembleng tenaga, kita boleh mengutarakan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat agar masyarakat kita boleh sama tara dengan masyarakat lain di Singapura.



"Kita harus gabungkan kekuatan menerusi kerjasama antara pertubuhan Melayu/Islam, serta pertubuhan bukan Melayu/Islam juga, untuk meningkatkan lagi masyarakat kita dan Singapura secara amnya," ujar Encik Saktiandi.



Dalam ucapannya kelmarin, Encik Masagos memberi contoh Project Positive anjuran Yayasan Mendaki Ramadan lalu, untuk menyokong peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat bagi keluarga bergaji rendah.



Katanya, projek seperti ini boleh melibatkan Mesra atau rangkaian akar umbi untuk mendekati kanak-kanak dan ibu bapa bagi pelbagai program kemahiran, manakala Muis pula boleh menyediakan agihan zakat dan pendidikan agama.




"Mari sama-sama kita menyingsing lengan dan turun padang untuk membantu golongan yang memerlukan. Kukuhnya sebuah masyarakat adalah apabila semua dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >