Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam teroka idea baru, semak program untuk manfaat suntikan dana

May 26, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA badan Melayu/Islam (MMO) sedang meneroka idea baru dan menyemak program sedia ada untuk mempertingkat khidmat mereka kepada masyarakat.



Mereka turut mengalu-alukan sokongan tambahan di bawah Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) bagi program yang selari dengan bidang tumpuan M Kuasa Tiga (M3).



Bidang tumpuan di bawah M3 termasuk perkahwinan, keibubapaan dan pembangunan awal kanak-kanak; individu dan keluarga rentan; bimbingan belia; serta pekerjaan dan daya kerja.



Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, berkata PPIS menantikan untuk meneroka peluang baru, dan akan memanfaatkan dana CLF dalam usaha menyokong wanita Islam dan membina keluarga berdaya tahan.



Ini termasuk menyokong bekas banduan yang dalam proses kembali ke pangkuan masyarakat, menerusi rumah peralihan baru PPIS bagi wanita yang akan dibuka nanti.



"Dalam mendukung dedikasi kami untuk berkhidmat kepada masyarakat, PPIS sedar kepentingan menyediakan ruang selamat bagi kumpulan wanita ini menerusi program pemulihan, dan kami berharap untuk memanfaatkan dana CLF untuk berbuat demikian," kata Cik Hazlina.



Suntikan dana bagi program MMO di bawah CLF telah diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya secara maya Jumaat lalu. Ini sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dalam masyarakat, memanfaatkan kekuatan MMO, serta memanfaatkan rangkaian M³ untuk meluaskan lagi jangkauan demi meningkatkan taraf masyarakat Melayu/Islam, kata Encik Masagos.



Satu lagi MMO, Pertapis, juga kini sedang melihat cara untuk mempertingkat sokongan bagi banduan serta keluarga mereka, dan bakal bekerjasama dengan pejabat Fitrah di bawah naungan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Encik Masagos turut mengumumkan bahawa Mendaki, selaku sekretariat CLF, sedang menyemak proses permohonan bagi dana CLF, untuk membuatnya lebih mudah dan kemas, termasuk memendekkan jangka masa permohonan, daripada 12 minggu kepada empat minggu.



Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof mengalu-alukan struktur baru geran CLF itu, yang akan memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam permohonan bagi geran untuk menyokong lebih banyak program oleh MMO.



"Kami berharap lebih banyak tempoh permohonan akan dibuka dengan adanya struktur baru ini.



"Ini akan membolehkan lebih banyak program yang boleh disokong oleh CLF, terutama sekali bagi program 'ad-hoc' yang mungkin perlu dijalankan atas sebab-sebab dan keadaan yang tertentu," ujar Cik Zarina.



CLF ialah wadah yang ditubuhkan pada 2003, menyusuli siri perbincangan antara Anggota Parlimen Melayu, rakan masyarakat dan aktivis mengenai wawasan masyarakat cemerlang. Ia bertujuan menggembleng tenaga pelbagai pihak termasuk MMO bagi mempertingkat kehidupan masyarakat.



M3 pula merupakan rangka kerja gabungan tenaga antara tiga institusi masyarakat - Muis, Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Rangka kerja M3 ini diperkenalkan pada 2018 untuk memperhalusi penyampaian khidmat kepada masyarakat, dan menggalakkan individu untuk tampil menjadi sukarelawan, dengan wawasan membina masyarakat gemilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >