Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Badan niaga, majikan sambut baik saranan tingkat gaji pekerja gaji rendah

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



BADAN niaga dan majikan di sini menyambut baik saranan yang dibentangkan sebuah kumpulan kerja untuk mempertingkat gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah.



Malah, mereka juga rasa senang beberapa keprihatinan mereka turut dipertimbang Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) itu.



Menerusi satu kenyataan semalam, Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) berkata mereka antara lain prihatin akan tempoh waktu langkah itu dilaksana, memandangkan ramai pekerja bergaji rendah bekerja dalam sektor yang terjejas teruk dek pandemik Covid-19 sekarang, serta bimbang kenaikan kos mereka tidak dapat kekal berdaya tahan.



Namun, mereka menarik perhatian bahawa kumpulan kerja itu telah mengambil kira hal itu dan menyarankan agar pemerintah menyediakan sokongan peralihan bagi majikan.



Kumpulan kerja itu juga telah menyarankan agar Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) memastikan kadar pertumbuhan Gaji Progresif yang disarankan kekal mampan bagi majikan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lam Yi Young, turut melahirkan beberapa keprihatinan daripada perspektif perusahaan.



Ini termasuk usaha memastikan daya usaha seperti Model Gaji Progresif dan Gaji Kelayakan Setempat (LQS) mudah dilaksana dan dipatuhi, adil bagi semua syarikat serta kesedaran bahawa perlunya semua pihak berkongsi kos, iaitu pengguna serta pembeli khidmat harus bersedia menanggung kos tambahan itu bersama.



"Kami harap pemerintah, sebagai pembeli khidmat dan barangan utama, akan menerajui usaha mengiktiraf syarikat yang membayar gaji yang adil semasa pemerolehan pemerintah... dan bersikap terbuka membuat penyesuaian harga kepada kontrak sedia ada yang terjejas dengan perubahan PWM," ujarnya.



Presiden Snef, Dr Robert Yap, berkata saranan yang dikemukakan TWG-LWW itu bersifat progresif kerana ia bukan sahaja memberi tumpuan pada gaji lebih tinggi buat pekerja bergaji rendah tetapi juga amalan perniagaan dan pekerjaan yang progresif yang akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan mereka.



"Usaha mempertingkat pekerja bergaji rendah akan bergerak lebih pantas dari sekarang hingga 2030.



"Saya menggalakkan majikan yang bertanggungjawab supaya menerajui usaha ini... dan seluruh masyarakat bersama memastikan tiada pekerja yang ketinggalan," ujarnya.



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, berkata langkah seperti meluaskan PWM kepada sektor lain, memperluas LQS dan meningkatkan garis panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) akan memastikan syarikat mengikut amalan pekerjaan yang progresif dan adil sambil mengutamakan pekerjaan warga Singapura.



"Namun, langkah ini mungkin menjadikan kos pekerja yang tinggi bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).



"Oleh itu, DPPMS berharap sokongan dapat diberi bagi membantu SME dalam tempoh peralihan ini demi mewujudkan cara yang adil bagi pekerja dan majikan," ujarnya sambil menggesa anggota DPPMS memanfaatkan program yang tersedia bagi meningkatkan keupayaan pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >