Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Badan seni akan terima geran operasi, subsidi sewa lokasi lanjutan bagi ringankan beban pandemik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Badan seni akan terima geran operasi, subsidi sewa lokasi lanjutan bagi ringankan beban pandemik

May 28, 2021 | 11:50 PM

SOKONGAN bagi kumpulan seni dan budaya yang terjejas dengan pandemik Covid-19 akan dilanjutkan sedang langkah keselamatan diperketat pada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi mengekang kes Covid-19 daripada bertambah. 

Pada Jumaat (28 Mei), Majlis Seni Kebangsaan (NAC) menyatakan ia akan menyediakan bahagian kedua geran operasi di bawah Pakej Daya Ketahanan Seni Dan Budaya (ACRP).

Ia menjangkakan akan mengagihkan geran sebanyak $35,000 kepada lebih 200 badan seni dan budaya mulai Julai ini bagi membantu mereka menampung kos operasi.

Ia akan juga melanjutkan subsidi 80 peratus sewa lokasi hingga akhir September. Sambungan subsidi lanjutan akan disemak kemudian bergantung pada keadaan kesihatan awam buat masa ini. 

ACRP mula-mula diumumkan pada Mac tahun lalu dan telah ditokok sepanjang setahun kepada $75 juta.

Pemerintah juga akan menyediakan subsidi gaji sebanyak 50 peratus di bawah Skim Bantuan Pekerjaan buat kumpulan seni pementasan dan pendidikan seni yang terjejas dengan kekangan yang berkuat kuasa hingga 13 Jun.

Penonton bagi persembahan langsung dibataskan kepada 100 orang dengan ujian praacara diperlukan bagi acara dengan 51 hingga 100 penonton. Bakat seni yang membuat persembahan perlu menggunakan pelitup sementara menyanyi dan bermain alat muzik bras dan tiupan kayu dilarang.

Sekatan itu membawa pada beberapa pembatalan acara dibuat secara kelam-kabut di dalam bulan utama di mana banyak acara seni dijadualkan bersemarak seperti Pesta Seni Antarabangsa Singapura, Pesta Raya dan Flipside.

NAC pada awalnya berkata ia akan membiaya sekitar 80 peratus kos ujian praacara bagi persembahan langsung antara 16 Mei dengan 13 Jun atau $50 bagi setiap ujian untuk setiap penonton, mana-mana yang lebih rendah.

Ini dapat dilakukan asal sahaja syarikat seni ini telah mempromosikan acara mereka sebelum 5 Mei.

Muzium swasta dan balai seni yang juga terjejas dengan tampungan yang dikurangkan akan juga menerima subsidi gaji 30 peratus di bawah Skim Bantuan Pekerjaan.

Penyewa layak hartanah komersial milik pemerintah akan mendapat pelepasan sewa sebulan.

Bagi hartanah komersial, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) akan mengagihkan pelepasan sewa setengah bulan berupa bayar balik tunai yang langsung diberi kepada penyewa yang layak sebagai sebahagian skim sokongan sewa baru.

Penggiat seni dan budaya yang bekerja sendiri boleh memohon bantuan di bawah Skim Geran Pemulihan Covid-19 Sementara jika mereka mengalami kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus bagi sekurang-kurangnya sebulan antara 16 Mei dengan 30 Jun. Mereka yang layak mungkin akan diberi bayar balik sehingga $500.

NAC berkata ia akan melancarkan geran lanjutan bagi peralihan pertubuhan dan golongan yang bekerja sendiri pada pertengahan Jun.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, akur dalam satu lampiran pos Facebook bahawa ia bukan tempoh yang mudah bagi penggiat seni dan budaya.

"Saya berterima kasih di atas pengorbanan anda bagi memastikan Singapura dan warga Singapura selamat," tulisnya.

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3