Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

'Badge Lady' bantah rakaman CCTV, dakwa tidak pasti wajahnya diedit

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



PHOON Chiu Yoke, yang sering digelar netizen sebagai 'Badge Lady' (Wanita Lencana), membantah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diterima sebagai bukti semasa perbicaraannya pada Isnin, mendakwa dia tidak pasti wajahnya diedit dan dimasukkan pada rakaman video itu.



Phoon, 55 tahun, minta dibicarakan selepas dituduh tidak memakai pelitup di Orchard Road pada 6 Mac 2022.



Dia mahu dibicarakan dalam empat tuduhan, tiga daripadanya kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan berbuat demikian.



Memakai pelitup tidak lagi diwajibkan di sini hanya mulai 29 Mac 2022.



Pada Isnin, hari kedua perbicaraan, satu pendengaran sampingan telah dilakukan untuk menentukan sama ada rakaman Phoon berjalan di sepanjang Orchard Road telah diusik.



Pendengaran sampingan ialah satu proses berasingan daripada perbicaraan untuk menentukan sama ada bukti yang dikemuka pihak pendakwa boleh diterima.



Phoon mendakwa semasa perbicaraannya yang bermula Jumaat, bahawa rakaman itu mungkin telah diubah.



"Video ini tidak disertakan dengan tera air (watermark). Saya tidak pasti bahawa anda tidak masukkan imej saya pada rakaman CCTV. Dalam teknologi hari ini, ia tidak begitu sukar," kata Phoon.



Rakaman itu dipertimbangkan berhubung dengan dua tuduhan ke atasnya.



Yang pertama adalah berjalan tanpa pelitup di Mandarin Gallery di Orchard Road dari 3.02 petang hingga 3.04 petang pada 6 Mac 2022, dan yang kedua kerana tidak memakai pelitup semasa berjalan melepasi kedai Victoria's Secret antara 3.35 petang dan 3.37 petang.



Hakim Daerah Tan Jen Tse mendapati selain pemotongan dan suntingan rakaman untuk mencipta video itu, video itu tidak diusik dan menyatakan mahkamah akan menerimanya sebagai bukti.



"Isu tera air yang dibangkitkan tertuduh adalah tidak relevan... Rakaman ini tidak mempunyai tera air, tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dipercayai," kata Hakim Tan.



Beliau bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa tiada undang-undang atau keperluan bagi tera air disertakan dalam video untuk ia diterima sebagai bukti.



Perbicaraan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >