Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baey Yam Keng: Pemilik akan mohon tangki koi kekal di luar rumahnya

Jan 17, 2019 | 01:04 PM



MASIH ada harapan lagi untuk tangki koi di luar pintu rumah untuk dikekalkan. 



Pemilik tangki tersebut mungkin masih berpeluang untuk menyimpannya setelah bekerjasama dengan Majlis Bandaran Tampines untuk menangani keprihatinan keselamatan yang wujud. 



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata kelmarin bahawa tangki tersebut perlu dihapuskan, kerana ia menimbulkan keprihatinan keselamatan yang “mungkin membawa kepada kecederaan atau kematian”. 



Keprihatinan ini termasuk risiko pecahnya kaca tangki tersebut atau jika kanak-kanak memanjat ke dalam tangki itu. 



Penduduk di Tampines Street 41 itu telah memasang panel kaca di dinding sekeliling tangga di hadapan rumah tingkat bawah untuk menyimpan lebih sedozen ikan peliharaan, namun tidak sedar bahawa beliau perlukan permit untuk membuat perubahan tersebut. 



Memberikan respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times semalam, Anggota Parlimen GRC Tampines Baey Yam Keng berkata keprihatinan HDB berkaitan keselamatan awam munasabah, dan majlis bandaran kini bekerjasama dengan penduduk tersebut untuk menangani keprihatinan ini.



Encik Baey berkata: “Kami kini dalam proses memohon supaya penduduk itu dapat menyimpan tangki tersebut. 



“Kami perlu uruskan beberapa perkara... kami perlu menangani keprihatinan HDB, dan kami harap HDB dapat lebih fleksibel.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >