Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bagaimana kenaikan kadar faedah boleh jejas S'pura

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



KENAIKAN kadar faedah terkini oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat dalam usaha menangani inflasi yang melonjak akan menjejas Singapura, dengan kos pinjaman dijangka menjadi lebih mahal.



Ini sedang bank pusat Amerika menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat mata peratusan untuk kali ketiga berturut-turut, memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan terus meningkat tahun ini.



Namun tidak seperti bank pusat lain, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memerangi inflasi dengan menguruskan kadar pertukaran mata wang negara ini dengan rakan dagangan utamanya, lapor The Straits Times.



Pilihan menggunakan dolar Singapura sebagai alat utama untuk mencapai kestabilan harga datang daripada kebergantungan negara ini pada import, yang menjadikannya mudah terdedah kepada inflasi diimport.



MAS telah mengetatkan pendirian dasarnya empat kali sejak Oktober 2021, yang mendorong dolar Singapura naik berbanding mata wang hampir setiap rakan dagangan kecuali dolar Amerika.



Bagaimanapun, kadar faedah di Singapura bergerak seiring dengan langkah global dalam kadar yang diterajui Fed.



Kadar faedah ke atas pinjaman, termasuk gadai janji dan pajakan kereta, telah meningkat tahun ini.



Kenaikan kadar Fed terkini bermakna pinjaman akan menjadi lebih mahal.



Peningkatan dalam kadar Fed akan dilihat dalam pasaran tunai dolar Singapura antara bank semalaman.



Penanda aras sebulan Purata Kadar Semalaman Singapura, atau Sora, yang digunakan untuk menetapkan harga pinjaman rumah, meningkat daripada 0.1174 peratus pada Oktober 2021 - apabila MAS memulakan kitaran pengetatannya - kepada 2.0737 peratus kelmarin.



Bagaimanapun, MAS boleh memilih untuk menguruskan kadar tempatan dengan mempengaruhi ketersediaan dolar Singapura dalam pasaran wang antara bank di sini, dengan tujuan untuk mengelakkan perubahan besar dalam kos pinjaman.



Namun, dengan inflasi di Singapura pada paras tertinggi sejak 2008, MAS dijangka membenarkan kadar faedah tempatan meningkat.



Kebanyakan penganalisis menjangkakan MAS akan mengetatkan lagi pendirian dasarnya dan mengekalkan kecenderungan menaikkan nilai dolar Singapura dalam membuat keputusan seterusnya yang dijadualkan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >