Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSANDINGAN PERSPEKTIF SINGAPURA

Jangan berat sebelah terhadap pekerja lebih matang: SM Tharman

Gesa majikan lakukan perkara wajar, manfaatkan skim pemerintah untuk gajikan dan latih pekerja sedemikian
Jan 13, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN di Singapura masih tetap mengambil sikap berat sebelah terhadap pekerja lebih matang, kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam semalam.



Beliau menggesa majikan agar melakukan perkara yang wajar dan memanfaatkan skim pemerintah untuk mengambil dan melatih pekerja sedemikian.



Ini akan memberi manfaat kepada kedua-duanya, pekerja dan syarikat, lebih-lebih lagi dengan pasaran buruh ketat sekarang, kata Encik Tharman dalam sebuah forum mengenai pekerjaan dan kemahiran dalam persidangan Perspektif Singapura 2021 anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS).



"Kami tidak akan melonggarkan dasar pekerja asing kita - malah sebaliknya," kata beliau, lapor akhbar The Straits Times.



"Oleh itu, memanfaatkanlah sepenuhnya tenaga buruh Singapura."



Pendekatan pemerintah bukan untuk memastikan warga Singapura kembali ke kerja secepat mungkin sahaja, bahkan mencari pemadanan terbaik bagi kemahiran dan modal ihsan mereka, ujar beliau.



Untuk memastikan pemadanan pekerjaan cepat dan baik, penyelarasan amat penting.



"Anda tidak boleh mengharapkan kuasa pasaran," tegas Encik Tharman.



Setiap ekonomi moden perlu mempunyai keupayaan ini, kata Encik Tharman, yang juga pengerusi Majlis Pekerjaan Nasional yang dibentuk semasa pandemik untuk mengenal pasti dan membangunkan pekerjaan dan peluang latihan.



Sesi forum lain dalam persidangan itu dijadualkan pada 14, 19 dan 25 Januari.



Dalam pada itu, Singapura perlu melakukan dua perkara serentak, kata Encik Tharman, iaitu kembali pulih daripada krisis pandemik Covid-19 dan mengemudi negara ini bagi ekonomi masa depan.



Di sudut buruh pula, objektifnya ialah memastikan terdapat pekerjaan mencukupi bagi warga serta "pengagihan pekerjaan baik yang lebih meluas", yang membayar gaji secara adil, menawarkan kemantapan dan memberi kepuasan.



Selain perlu menguruskan kejutan akibat Covid-19, penyelarasan juga diperlukan dalam usaha berterusan bagi pembelajaran sepanjang hayat, tambah beliau.



Di seluruh dunia, terdapat ketidaksamaan dalam pembelajaran sepanjang hayat, dengan kadar lebih rendah bagi pekerja kolar biru, ujar Encik Tharman.



Menangani isu ini memerlukan penyelarasan, institusi dan sokongan daripada negara.



"Majikan mahu melatih pekerja bagi pekerjaan hari ini... Mereka tidak mempunyai insentif untuk melatih pekerja bagi kerjaya selanjutnya."



Oleh itu, pemerintah perlu campur tangan dan mengekalkan keseimbangan antara membantu syarikat untuk mempunyai tenaga kerja berdaya saing dan berkemahiran agar kekal bersaing bagi masa depan.



Menyentuh tentang pencari kerja muda, Encik Tharman berkata ada kohort mungkin memasuki pasaran buruh pada masa kurang baik, seperti semasa krisis kewangan, tetapi telah berupaya bangkit semula.



Perkara paling penting ialah mempunyai sistem di mana semua orang terus menyesuaikan diri dan belajar, kata Encik Tharman.



"Usah mengharapkan pekerjaan yang betul-betul anda harap anda dapat semasa belajar; sebaliknya masuki pasaran dan belajar seberapa banyak yang anda dapat."




NASIHAT MENTERI KANAN THARMAN SHANMUGARATNAM 



BAGI MAJIKAN BERHUBUNG PEKERJA LEBIH MATANG

"Kami tidak akan melonggarkan dasar pekerja asing kita - malah sebaliknya. Oleh itu, memanfaatkanlah sepenuhnya tenaga buruh Singapura."



BAGI PENCARI KERJA MUDA

"Usah mengharapkan pekerjaan yang betul-betul anda harap anda dapat semasa belajar; sebaliknya masuki pasaran dan belajar seberapa banyak yang anda dapat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >