Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANEL PENASIHAT ANTARABANGSA (IAP) MENGENAI HAB UDARA MAMPAN

Bahan api penerbangan mampan: Kesan kos, pelaksanaan akan dikaji

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



HARGA bahan api penerbangan yang mampan (SAF) adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan bahan api konvensional, dan oleh itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan mengkaji kebolehlaksanaannya untuk perniagaan dan kesan kos terhadap syarikat penerbangan dan penumpang.



Penggunaan bahan api penerbangan yang lebih hijau itu merupakan antara saranan yang dikemukakan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) mengenai Hab Udara Mampan dalam laporan mereka yang telah diberikan kepada Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, semalam.



Antara saranan mereka adalah untuk membangunkan dan melaksanakan peta hala tuju bagi mencipta ekosistem bekalan SAF yang terjamin untuk jangka panjang.



SAF merujuk kepada bahan api boleh diperbaharui atau dihasilkan daripada bahan mentah alternatif yang memenuhi kriteria kemampanan, seperti minyak masak, minyak tumbuhan dan sisa pertanian.



Bagaimanapun, harga SAF adalah sekitar dua hingga lima kali lebih mahal berbanding bahan api pesawat konvensional, yang menimbulkan persoalan sama ada ia akan meningkatkan kos perjalanan udara.



IAP dalam laporannya berkata disebabkan ia industri baru, pelaburan besar diperlukan untuk membangunkan prasarana bagi rantaian bekalan SAF.



Ia turut menjelaskan bahawa harga SAF pada masa ini lebih mahal disebabkan beberapa faktor, termasuk permintaan dan persaingan meningkat bagi bahan api alternatif itu di peringkat serantau dan sejagat.



"Meskipun pengguna semakin sedar tentang kepentingan sekitaran, jumlah pengguna di Singapura yang membayar bagi perjalanan udara mampan, dalam bentuk membeli imbangan karbon atau membayar bagi penggunaan SAF, kekal rendah.



"Ini mungkin disebabkan kekurangan pemahaman mengenai produk penerbangan mampan yang ditawarkan syarikat penerbangan dan nilai serta sumbangannya kepada sekitaran.



"Buat masa ini, selera bagi tindakan iklim juga lebih rendah dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, dan mengejar matlamat dan dasar yang sangat berbeza berbanding rantau ini boleh mengakibatkan kerugian penggerak pertama (cabaran dan halangan yang dihadapi perintis yang memulakan sesuatu yang baru)," kata panel itu dalam laporannya.



Dalam usaha menangani pelepasan karbon penerbangan antarabangsa, Singapura kini sedang meneliti penggunaan bahan api alternatif yang lebih mesra alam dan telah bekerjasama dengan pembekal bahan api Neste untuk membangunkan kemudahan penghasilan SAF di sini.



Apabila siap dibina menjelang suku pertama tahun depan, ia akan menjadi tapak penghasilan SAF terbesar di dunia, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1 juta tan.



Antara lain, CAAS, Singapore Airlines (SIA) dan Temasek pada Februari lalu telah melancarkan usaha perintis selama setahun untuk menggunakan SAF di Lapangan Terbang Changi.



Di bawah usaha itu, Neste telah membekalkan 1.25 juta liter SAF dihasilkan daripada minyak masak terpakai dan sisa lemak haiwan yang kemudian dicampurkan dengan bahan api pesawat ditapis. Bahan api campuran itu seterusnya dihantar ke lapangan terbang melalui sistem pili bahan api sedia ada dan digunakan pesawat SIA pada Julai lalu.



Usaha perintis itu djangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 2,500 tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >