Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bahan disyaki peninggalan perang ditemui di tapak pembinaan Geylang

Kebanyakan kakitangan Jamiyah Singapura diminta kerja dari rumah, ruang solat awam ditutup
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH bahan yang dipercayai peninggalan perang, ditemui di luar tapak binaan sebuah kuil di Geylang kelmarin.



Polis berkata ia diberitahu mengenai penemuan di luar Kuil Lin San di 27 Lorong 12 Geylang itu pada 8.23 pagi.



Ia sedang bekerjasama dengan unit penghapusan bahan api Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), pasukan Explosive Ordance Disposal, untuk menguruskan penghapusan bahan itu secara selamat.



Polis, pada Isnin, berkata operasi sedang berlangsung.



"Pihak awam dinasihatkan supaya tidak berasa cemas dan elak daripada pergi ke Lorong 12 Geylang sehingga pemberitahuan lanjut," kata polis.



Akhbar Cina, Lianhe Zaobao melaporkan tapak binaan itu dikepung selepas seorang pekerja binaan menemui barang peninggalan perang itu lalu menghubungi polis.



Menurut laporannya, lebih 100 orang dari rumah kedai yang berdekatan telah dipindahkan sejurus setelah penemuan tersebut.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap Jamiyah Singapura, berkata sekitar 44 kakitangannya dipindahkan dari ibu pejabat di 31 Lorong 12 Geylang.



Kebanyakan kakitangannya diminta bekerja dari rumah, sementara sebahagian kakitangan utama dibenarkan memasuki semula bangunan itu pada 2.30 petang, selepas mendapat kebenaran polis, kata jurucakap itu.



Menurut beliau lagi, ruang solat di bangunan tersebut tidak dibuka kepada awam.



Pusat Penyelidikan Agama Buddha Pu Ji Si, yang turut terletak di kawasan yang dikepung itu tidak memberi respons apabila diminta mengulas.



Ini bukan kali pertama barang peninggalan perang ditemui di kawasan tersebut.



Pada Julai 2019, sebuah bom yag disyaki peninggalan Perang Dunia Kedua dan berukuran sepanjang 30 sentimeter ditemui seorang pekerja yang sedang menggali di tapak binaan bangunan di Lorong 23 Geylang, berhampiran stesen MRT Aljunied.



Sebuah lagi bom ditemui di kawasan rumput di simpang Lorong 22 Geylang dan Guillemard Road pada 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >