Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahan perisa nasi Daesang ditarik balik

Jun 08, 2019 | 06:15 PM



PRODUK bahan perisa yang diperbuat di Korea Selatan ditarik balik di Singapura disebabkan wujudnya bahan yang tidak diisytiharkan dan boleh menyebabkan alahan seperti telur, susu, gandum dan tiram. 



Tindakan tersebut merangkumi kesemua produk Seafood Rice Sprinkles dan Vegetable Rice Sprinkles di bawah jenama Daesang, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan hari ini. 



Produk tersebut dijual dalam paket kerajang atau ‘foil’ seberat 24 gram setiap satu. 



Tindakan SFA tersebut menyusuli tindakan sama yang diambil pihak berkuasa di Canada dan New Zealand. 



“Orang ramai yang mempunyai alahan terhadap telur, susu, gandum dan tiram tidak harus memakan produk yang terlibat,” kata SFA. 



“Mereka yang sudah pun termakan produk tersebut dan mempunyai sebarang keprihatinan berkaitan kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.” 



Orang ramai yang sudah pun membeli produk yang terjejas boleh menghubungi pengimport produk tersebut, Sing Long Foodstuff Trading di 62845254, berkaitan pertanyaan untuk menukar produk itu. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >