Bahan segar lebih baik, amalkan baca label makanan , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MAKANAN SIHAT

Bahan segar lebih baik, amalkan baca label makanan

Jun 25, 2018 | 05:30 AM

LAKSA lazat dan digemari ramai, tetapi ia bukan sejenis makanan yang begitu sihat.

Antara bahan utamanya ialah santan, yang mempunyai kandungan kalori dan lemak tepu yang tinggi.

Namun, ini tidak bermakna kita tidak lagi boleh menikmati laksa!

Sebenarnya, anda boleh menyediakan laksa dengan bahan segar yang tidak mengandungi pengawet dan kimia lain.

Sebagai contoh, anda boleh membeli santan segar dari pasar bagi menggantikan santan peket.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Santan yang diperah segar juga mempunyai rasa lebih sedap.

Perlukah anda memilih jenis santan yang rendah kandungan lemak apabila memasak?

Bagi saya, tidak perlu. Pertama, kerana anda wajar menggunakan santan sesekali sahaja.

Kedua, biasanya, makanan yang dikatakan mengandungi 'kurang lemak' atau 'kurang gula' mengandungi bahan lain yang dicampurkan bagi membuatnya berasa lazat.

Lantaran itu, membaca label bahan dan pemakanan pada bungkusan makanan yang dibeli adalah amalan yang baik. Lebih baik mengelak makanan yang mengandungi bahan yang tidak difahami atau sukar disebut!

Justeru, anda boleh menggunakan santan biasa sahaja.

Saya percaya kita perlu mencari keseimbangan dalam gaya hidup kita dan tidak mengehadkan diri kepada sebahagian jenis makanan sahaja.

Lebih penting, anda perlu mengawasi apa yang dimakan supaya tidak makan secara berlebihan.

  • Aqilah Norazman, 29 tahun, pengasas dan ketua jurulatih (Sukan dan Pemakanan Senam) 1-Habit, syarikat yang menawarkan khidmat bimbingan, penjurulatihan gaya hidup dan mengurangkan berat badan secara berkekalan.

Ikuti Aqilah dan pelajari resipi lain menerusi akaun Instagram @aqilah.1habit; laman YouTube menerusi akaun 'aqilahnorazman'; atau layari laman mealprep.asia.

Anda juga boleh menghubungi beliau di Facebook atau e-emel kepada aqilah@1habit.co.


Laksa Goreng 'Bee Tai Mak' Bijian Penuh

Hidangan untuk: empat orang
Masa yang diperlukan: 25 minit (persiapan bahan), 10 minit hingga 15 minit (memasak)
Anggaran kos: $3.40
Mengandungi:
Kalori: 350
Protein: 37 gram
Karbohidrat: 29 gram
Lemak: 10 gram

Bahan

200 gram udang
200 gram tauhu (tau kwa)
1 pokok daun kesum
400 gram mi 'bee tai mak' bijian penuh (wholegrain)
1 tangkai lada benggala hijau, dihiris
1 sudu besar madu
1/2 cawan santan segar

Bahan pes

8-10 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
1/2 biji bawang, dicencang
2 sentimeter lengkuas, dicencang
2 sentimeter kunyit basah, dicencang
2 batang serai, dicencang halus
1 sudu teh jintan putih serbuk
1 sudu teh paprika serbuk
2 sudu teh ketumbar biji
1/2 cawan air
1 sentimeter belacan
1 sudu besar minyak zaitun 'extra virgin'

Bahan sampingan

Tauge
Limau nipis, dipotong empat

Cara

Membuat pes:

1. Rendam cili kering dan udang kering berasingan dalam air mendidih selama 20 minit. Cuci dan tuskan.

2. Kisar bahan pes lain, kecuali minyak zaitun, sehingga halus.

3. Masukkan cili kering dan udang kering yang sudah dikisar dan masukkan minyak zaitun. Kisar lagi sehingga pes sebati.

Memasak:

1. Panaskan kuali tanpa lekat. Tumis pes sehingga naik aroma.

2. Masukkan udang dan tauhu dan goreng selama dua minit.

3. Tutup kuali sekitar seminit supaya pes sebati dengan bahan lain.

4. Masukkan daun kesum dan sedikit air dan kacau biar rata.

5. Tambah mi 'bee tai mak' dan kacau selama dua minit.

6. Masukkan lada benggala dan kacau sebentar sahaja supaya tidak 'terlebih' masak hidangan ini.

7. Akhir sekali, masukkan madu dan santan. Kacau rata-rata. Padam api, bubuh mi ke dalam mangkuk dan hias dengan tauge dan limau nipis.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map