Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahang temasya kian terasa

Feb 23, 2019 | 04:50 PM



BAHANG persaingan kian terasa apabila sekitar 30 atlit Team Singapore yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia tahun ini berkumpul di majlis mengucapkan selamat jalan di Safra Toa Payoh pagi tadi (23 Februari).



Upacara penuh makna itu sekali gus menandakan debaran menantikan temasya sukan yang bakal berlangsung di Abu Dhabi itu semakin dekat.



Majlis turut dihadiri Presiden Halimah Yacob; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; serta Duta Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Singapura, Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh.



Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia tahun ini akan diadakan dari 14 hingga 21 Mac.



Kontinjen Team Singapore di acara itu, yang turut diwakili 13 pegawai dan jurulatih, akan bertanding dalam enam sukan termasuk atletik, badminton, bocce, bowling, renang dan bola keranjang.



Memuat naik beberapa gambar di laman Facebook beliau, Puan Halimah memberi ucapan selamat kepada kontinjen Team Singapore itu.



“Sukan mempunyai keupayaan untuk mempertingkat kehidupan dan memupuk kemahiran hidup penting seperti kerja berpasukan dan daya tahan.



“Olimpik Khas Singapura telah memberi peluang kepada individu dengan ketidakupayaan intelektual untuk menikmati sukan, meningkatkan kesihatan fizikal dan menjalin persahabatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >