Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas bermatlamat wujudkan huraian lebih baik

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



MEMBUAT perubahan mendadak seperti meniadakan streaming atau penyaluran pelajar mungkin tampak menarik.



Namun, langkah sebegitu tidak semestinya mendatangkan kesudahan yang diharapkan.



Sebaliknya, Parlimen bermatlamat mewujudkan huraian lebih baik buat warga Singapura, kata Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.



"Perubahan dramatik, selalunya tampak lebih menarik. Namun, saya rasa perlu kita ingat... bahawa itu bukan matlamat kita, iaitu mengadakan huraian lebih baik.



"Justeru, apabila kita mengambil tindakan berani, kita perlu sedar bahawa kita tidak berbuat demikian semata-mata kerana ia tindakan berani."



Encik Tan bercakap demikian dalam ucapannya di Parlimen semalam semasa menyentuh perihal perubahan kepada sistem pembelajaran di Singapura.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah menyuarakan saranan untuk menghentikan streaming yang membezakan pelajar berdasarkan keupayaan.



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung sebelum ini mengumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) akan meniadakan streaming mulai 2024, dengan semua pelajar akan dinilai berdasarkan subjek mengikut keupayaan masing-masing.



Mengulas pula tentang perbahasan tahun ini secara umumnya, Encik Tan memuji semua ahli dewan, termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP) - yang menyertai bahas belanjawan buat kali pertamanya - dan anggota parti pembangkang kerana mengutarakan hujah bernas sepanjang perbahasan.



"Walaupun mereka, bagi sebahagian perkara, tidak bersetuju dengan butiran sesuatu perkara, mereka tidak membantah dengan hasrat mendapat kelebihan jangka pendek," ujarnya.



Secara keseluruhannya, AP telah mengajukan sejumlah 505 pertanyaan berkenaan pelbagai topik sepanjang bahas belanjawan selama 10 hari.



Antara topik yang paling banyak dibahaskan berhubung perubahan geopolitik dan penularan teknologi baru yang menjejas pekerjaan serta usaha membina Singapura yang lebih inklusif.



Dalam ucapan menggulung bahas, Ketua Dewan Grace Fu berkata beliau berbesar hati kerana setiap anggota bersatu menyokong matlamat sama, yakni mencipta masa depan lebih baik buat warga.



Menurut Cik Fu, tiga perkara yang ditimbulkan merupakan isu paling menonjol baginya - mengutamakan warga Singapura bagi setiap dasar yang diusul, keprihatinan supaya pekerja di Singapura tidak ditinggalkan dalam usaha memburu kemajuan ekonomi dan peri pentingnya bersikap inklusif dan menghormati setiap pekerja termasuk golongan kurang upaya dan warga matang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >