BAHASA Bawean yang diamalkan dalam zaman pondok kini di ambang kepupusan dengan penggunaannya yang semakin terbatas dan ketiadaan peluang dan usaha memeliharanya di sini.
Lebih menyedihkan, generasi pendatang Bawean terdahulu tidak menurunkan kemahiran menggunakan bahasa tersebut kepada generasi muda yang kurang berminat atau cuba mempertahankannya di tengah-tengah kehidupan masyarakat metropolitan yang mementingkan kerjaya di sini.