Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahasa Melayu akan diperkenal bagi kanak-kanak peringkat asuhan dan tajaka di PCF tahun depan

Nov 24, 2017 | 02:46 PM



MULAI tahun depan, pusat prasekolah Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (PCF) akan memperluaskan sukatan pelajaran bahasa Melayu kepada kanak-kanak di peringkat asuhan (toddler) dan tajaka satu (nursery 1).



Usaha memperkenalkan pengajaran bahasa Melayu di usia lebih muda itu adalah supaya kanak-kanak akan menjadi lebih fasih dan selesa menggunakan bahasa Ibunda dari awal.



Mengumumkannya semasa Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Guru Prasekolah di ibu pejabat PCF pagi tadi, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata usaha ini amat baik kerana ia membolehkan anak-anak bukan hanya belajar bahasa Melayu, malah budaya Melayu juga.



Dr Faishal berharap pengendali prasekolah yang lain akan turut menyediakan wadah bagi anak-anak mula belajar bahasa Melayu di peringkat awal.



“Dengan adanya wadah seperti ini di peringkat awal pembangunan anak-anak kita, ia memberikan ruang kepada mereka, yang pertama dari segi pendedahan, dan yang kedua, sambil mereka mempelajari, mereka juga boleh membentuk akhlak, etika, adab, dan kefasihan berbahasa Melayu.



“Ini memberikan ruang yang lebih baik kepada mereka apabila mereka membangun dan pergi ke darjah satu dan menuntut di peringkat lebih tinggi pada masa depan,” kata beliau.



Mengulas lanjut, Pengarah, Jabatan Perkembangan Profesional dan Pendidikan, PCF, Dr Weelai Suwanarat, berkata sukatan pelajaran bahasa Melayu di peringkat asuhan dan tajaka satu itu akan lebih tertumpu pada perbualan dan pendengaran.



“Kami mahu mereka tertarik dengan keindahan bahasa kerana ini merupakan bahasa Ibunda mereka. Mereka perlu menikmati mendengar bahasa ini dan menggunakannya mengikut konteks. 



“Contohnya, dalam interaksi harian seperti ucapan ‘selamat pagi’, kami akan mengajarnya mengikut konteks untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak di peringkat asuhan, kami akan mula dengan tegur sapaan mudah, budi bahasa dan adab supaya mereka tahu bila dan bagaimana menggunakannya dan dalam konteks apa,” kata beliau.



Dr Weelai menambah bahawa latihan dalam PCF akan diadakan bagi guru prasekolah bahasa Melayu demi melengkapi mereka dengan kemahiran mengajar kanak-kanak bahasa Melayu di peringkat asuhan dan tajaka satu.

Beliau menambah bahawa pada tahun ini saja, terdapat enam pusat PCF yang telah memperkenalkan bahasa Melayu kepada murid mereka.



Sejauh ini, sekitar 165 daripada lebih 360 pusat prasekolah PCF menawarkan mata pelajaran bahasa Melayu untuk kanak-kanak di peringkat tajaka dua hingga tadika dua, yang berusia empat hingga enam tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >