Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahasa Melayu kini diajar secara kreatif, pupuk minat murid

Kaedah mengajar telah berkembang dengan penggunaan podcast, drama, permainan dan video animasi, kongsi pemenang Agab
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



CARA Bahasa Melayu diajar di sekolah telah berkembang dengan kaedah mengajar yang kreatif didapati berkesan dalam memupuk minat terhadap bahasa itu dalam kalangan pelajar, kata pemenang Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) kepada Berita Harian.



Mereka, yang menerima anugerah tersebut dalam satu majlis baru-baru ini, telah menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar mereka, seperti melalui penggunaan podcast, drama, permainan dan video animasi.



Lima guru itu, yang menerima anugerah tersebut bagi Kategori Teladan dan Kategori Perangsang, setuju dengan apa yang dikatakan tetamu terhormat di majlis tersebut, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, bahawa guru-guru perlu menyesuaikan pendekatan mereka untuk memenuhi keperluan pelajar Bahasa Melayu generasi baru.



Ini sedang peralihan dalam penggunaan bahasa dalam isi rumah Melayu semakin nyata dengan lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.



"Keperluan menyuntik keseronokan mempelajari Bahasa Melayu akan menjadi penting untuk mengekalkan minat pelajar kita," kata Encik Chan.



Bagi Cik Irmawati Mascom, dari Sekolah Menengah Tanglin, beliau suka menggunakan pelbagai teknik drama bagi menggalakkan pelajar berbual dalam bahasa Melayu di dalam kelas.



Guru peneraju itu tidak mahu pelajaran Bahasa Melayu menjadi terlalu serius, sebaliknya mahu kelasnya menjadi tempat di mana pelajar berasa selesa bertutur bahasa Melayu.



Beliau berkata pelajar memberi maklum balas bahawa strategi drama itu telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas lebih seronok serta memberi peluang kepada mereka mengutara dan menjana idea untuk menulis karangan naratif.



Cik Nurul Syakinah Sahak, dari Sekolah Menengah Peirce, berkata pelajar hari ini tidak hanya ingin duduk dan dengar sahaja.



"Mereka ingin melakukan sesuatu dan lebih-lebih lagi mereka lebih terdorong menggunakan ICT (Teknologi Komunikasi Maklumat).



Justeru, guru harus sentiasa mengemas kini dan mengambil tahu apakah aplikasi dan trend baru yang digunakan dan digemari pelajar seperti TikTok atau Instagram dan menggunakannya dalam tugasan mereka, katanya.



Cik Nurul Huda Muhammad Yassin, dari Sekolah Menengah St Anthony's Canossian, pula menggunakan podcast atau audio siar dalam pengajaran Bahasa Melayu.



"Dengan era kemajuan teknologi maklumat yang pesat berkembang, remaja dan pelajar masa kini sangat terdedah dengan penggunaan teknologi.



"Jadi untuk pengajaran, saya cuba menerapkan wadah teknologi seperti podcast dan juga media sosial seperti TikTok demi menarik minat mereka," katanya.



Dr Zainaba Omar, dari Sekolah Rendah Clementi, pula mengambil peluang daripada penguasaan bahasa Inggeris pelajar yang lebih baik daripada bahasa Melayu untuk menggunakan kaedah penterjemahan melalui permainan.



Seorang lagi pemenang Agab, Encik Mohamad Firuz Jelaludin, gemar melibatkan murid-muridnya di Sekolah Rendah Anchor Green dalam menghasilkan komik, watak kartun dan video animasi.



Beliau berkata murid-murid zaman sekarang merupakan pengguna teknologi digital atau digital native, dan lebih terdorong mempelajari sesuatu menerusi teknologi.



Justeru, guru-guru perlu kreatif dalam pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >