Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahasa Melayu Lanjutan ditawar kepada murid darjah 3 mulai 2022

Maliki: Langkah itu akan bolehkan lebih ramai murid dalami bahasa ibunda pada usia muda
Apr 10, 2021 | 05:30 AM



BERMULA tahun hadapan, murid-murid darjah tiga yang layak boleh mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan (HML) dan Bahasa Tamil Lanjutan (HTL).



Subjek tersebut akan ditawarkan kepada murid darjah empat pada tahun berikutnya.



Buat masa ini, HML dan HTL di peringkat sekolah rendah hanya ditawarkan kepada murid darjah lima dan enam sahaja.



Bahasa Cina Lanjutan (HCL) pula sudah ditawarkan kepada murid darjah tiga dan empat sebelum ini.



Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, mengumumkan demikian ketika melawat Sekolah Rendah Westwood semalam, salah satu sekolah yang menguji cuba kurikulum baru HML dan HTL itu.



Beliau berkata perubahan tersebut akan membolehkan lebih ramai murid yang berkebolehan dan mempunyai minat mendalami pengetahuan dan penghargaan mereka terhadap bahasa ibunda serta budaya mereka pada usia yang lebih muda lagi.



"Kalau boleh kita inginkan bahasa ibunda diterapkan pada usia yang lebih muda supaya ia dapat meningkatkan kesedaran mereka, penghargaan mereka terhadap bahasa, budaya, tradisi dan warisan mereka," ujar Dr Maliki.



Sebanyak 35 sekolah terlibat dalam uji cuba kurikulum HML dan HTL pada 2020 dan 54 sekolah rendah dilibatkan dalam program tersebut tahun ini, dengan maklum balas yang diberikan rata-rata positif.



Ditemui setelah beliau menyertai dua kelas Bahasa Melayu yang dijalankan semalam, Dr Maliki ditanya sama ada tawaran bahasa ibunda lanjutan kepada murid di peringkat lebih awal dari sebelum ini mungkin menambah tekanan atau meluaskan jurang antara murid.



Memberi respons, beliau berkata tawaran kurikulum bahasa ibunda lanjutan baru itu lebih kepada memanfaatkan dan menggalakkan potensi murid yang mempunyai kecenderungan dan kebolehan dalam bahasa ibunda.



"Sesetengah pelajar... mempunyai kecenderungan untuk belajar bahasa pada tahap yang lebih mendalam dan kita harus memanfaatkannya, kita patut menggunakan sumber untuk membangunkan para pelajar ini.



"Jika kita hanya risaukan tentang meluaskan jurang, kita tidak berlaku adil kepada pelajar yang mempunyai kebolehan lebih tinggi dan mempunyai kemampuan untuk mendalami subjek tersebut dengan lebih lanjut," ujar beliau.



Menurut guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Westwood, Cikgu Khaizuran Supa'at, murid yang dipilih mengambil mata pelajaran HML adalah golongan yang "bahasa Melayu mereka mantap dan subjek-subjek lain markahnya agak stabil".



"Kita ambil berat tentang subjek lain juga kerana takut mereka tidak dapat mengimbangi (pelajaran lain jika mereka mengambil HML)," katanya.



Dari segi kandungan pelajaran, Cikgu Khaizuran berkata ia lebih kurang sama bagi subjek Bahasa Melayu standard dan HML.



Perbezaannya ialah bahan yang digunakan bagi HML lebih kepada bahan sastera seperti pantun dan sajak.



Menurut beliau, tiada peperiksaan bagi HML bagi murid darjah tiga dan empat kerana kurikulum tersebut lebih kepada pendedahan bagi murid yang mengambilnya.



Murid darjah empat sekolah itu, Iffah Radhiah Mohd Farid, berkata dia suka subjek HML dan tidak menganggapnya satu tekanan tambahan, malah telah mempelajari banyak kosa kata baru.



"Kebanyakan perkataan-perkataan baru yang mungkin saya tak tahu maknanya sebelum ini... kini, bila saya tulis karangan, saya gunakannya untuk jadikan karangan saya lebih menarik," katanya.



LAPORAN LANJUT: Siri buku Nabil Nabilah bagi murid Darjah 5 & 6 dilancarkan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >