Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Bahasa Melayu, Tamil Lanjutan bakal ditawarkan kepada murid Darjah 3, 4

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bahasa Melayu, Tamil Lanjutan bakal ditawarkan kepada murid Darjah 3, 4

Apr 09, 2021 | 01:10 PM

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) mengumumkan akan menawarkan Bahasa Melayu Lanjutan (HML) dan Bahasa Tamil Lanjutan (HTL) kepada murid-murid Darjah 3 dan 4.

Buat masa ini, HML dan HTL di peringkat sekolah rendah hanya ditawarkan kepada pelajar Darjah 5 dan 6 sahaja. 

HML dan HTL bagi Darjah 3 akan mula ditawarkan pada 2022 sementara bagi Darjah 4 pada 2023. 

Bahasa Cina Lanjutan (HCL) sudah ditawarkan kepada pelajar Darjah 3 dan 4 sebelum ini.

Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, mengumumkan demikian pagi tadi (9 April) ketika melawat Sekolah Rendah Westwood, salah satu sekolah yang menguji cuba kurikulum baru HML itu. 

Beliau berkata perubahan itu akan membolehlan lebih ramai pelajar mendalami pengetahuan dan penghargaan mereka terhadap bahasa ibunda serta budaya mereka pada usia yang muda lagi. 

“Satu isu yang menjadi keprihatinan kami ialah bagaimana kita harus terus memberi peluang kepada anak-anak kita mempelajari bahasa ibunda. 

“Kalau boleh kita mahu bahasa ibunda diterapkan pada usia yang lebih muda supaya ia dapat meningkatkan kesedaran mereka, penghargaan mereka terhadap bahasa, budaya dan tradisi mereka,” ujar Dr Maliki.

Sebanyak 35 sekolah terlibat dalam uji cuba kurikulum HML dan HTL pada 2020 dan 54 sekolah rendah dilibatkan dalam program tersebut tahun ini, dengan maklum balas yang diberikan rata-rata positif.

Ketika di Sekolah Rendah Westwood, Dr Maliki yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) turut melancarkan siri buku Nabil Nabilah bagi pelajar Darjah 5 dan 6.

Buku tersebut ditulis oleh guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dengan tujuan menggalakkan cinta membaca dalam kalangan pelajar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3