Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahren dilantik anggota Lembaga Pemegang Amanah NUS

May 25, 2021 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari telah dilantik sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Nasional Universiti Singapura (NUS).



Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan telah dianugerahkan Anugerah Felow Cemerlang Institut Perbankan dan Kewangan Singapura pada 2016, sebagai mengiktiraf kepimpinan cemerlang dan sumbangan ketaranya dalam industri kewangan.



Encik Bahren yang merupakan alumni NUS, juga merupakan anggota Majlis Penasihat Presiden.



Pengerusi Lembaga NUS, Encik Hsieh Fu Hua berkata:



"Kami mengalu-alukan kehadiran Encik Bahren kepada Lembaga Pemegang Amanah NUS. Anggota lembaga kami membawa bersama mereka pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai sektor. Kami mengalu-alukan sumbangan yang akan dibuat Encik Bahren kepada universiti."



Encik Bahren yang merupakan lulusan ijazah sarjana muda bidang perakaunan daripada NUS juga merupakan pengarah bukan eksekutif dan bebas Singapore Press Holdings (SPH) sejak April 2012.



Beliau juga berkhidmat sebagai anggota lembaga Institut Sistem Sains NUS.



Sebelum ini, Encik Bahren juga menerima Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2018.



Dengan perlantikan terbaru Encik Bahren ini, Lembaga Pemegang Amanah NUS akan mempunyai secara keseluruhan 21 anggota.



Anggota Lembaga Pemegang Amanah dilantik oleh Menteri Pendidikan.



Lembaga itu merangkumi pemimpin yang tersohor daripada sektor awam, golongan akademik, perniagaan dan pelbagai kerjaya lain.



Lembaga bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan dan individu berkepentingan daripada universiti untuk membentuk visinya, mengorak arah utama dan membimbing inisiatif ketara bagi menghasilkan kesan yang kukuh dan berkesan bagi universiti, Singapura dan di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >