SEPANJANG lebih 25 tahun Encik Bahren Shaari berkecimpung dalam industri kewangan dan perbankan, beliau memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan cemerlang.
Tahap komitmen dan kecekapannya yang tinggi menjadikan Ketua Pegawai Eksekutif Bank of Singapore (BOS) itu sebagai pemimpin yang wajar dicontohi.