Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bajet 2022: Warga diundang beri cadangan bantu SG bangkit selepas pandemik

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kewangan (MOF) telah memulakan proses mendapatkan pandangan dan cadangan dari warga Singapura bagi Belanjawan 2022.



Proses mengumpul maklum balas itu bermula semalam, dan akan berlangsung sehingga 17 Januari tahun depan.



Belanjawan 2022 dijadual dibentangkan pada Februari tahun depan, kata MOF, dalam kenyataan bersama dengan unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat (PA) semalam.



Kenyataan itu berkata dunia pasca-Covid-19 amat berbeza dengan dunia sebelum pandemik menular dan memerlukan Singapura memperhalusi strategi dan membuat rancangan bagi merebut peluang baru.



Berdasarkan konteks tersebut, warga Singapura diminta memberi respons berdasarkan dua tumpuan - cabaran dan peluang bagi keluarga dan isi rumah, pekerja serta perniagaan; serta sokongan yang diperlukan bagi kumpulan ini untuk merebut peluang dalam dunia pasca-Covid-19.



Warga juga digalakkan menyertai proses peralihan Singapura ke era penggunaan tenaga hijau dan melibatkan diri dalam pergerakan membangun Singapura yang lebih mampan.



Antaranya, warga Singapura boleh melungsuri laman Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg); laman Belanjawan unit maklum balas pemerintah, Reach (www.reach.gov.sg/budget2022); Facebook Reach Singapore; Instagram @reachsg; dan laman Kesatuan Rakyat (PA) Ask Kopi Kakis (www.go.gov.sg/shareyourviews2022) untuk menyumbang idea dalam tempoh enam minggu ini.



Maklumat lanjut berkaitan proses Belanjawan nasional serta Belanjawan 2021 juga boleh didapati di laman Belanjawan Singapura.



Menurut MOF, Reach akan menganjurkan tinjauan dalam talian sementara PA dan organisasi akar umbinya akan mendekati warga Singapura melalui platform pendekatan #shareyourviews.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >