Bajet Perpaduan ke arah transformasi, pertumbuhan SG
Pakej $4 bilion bagi bantu kesan Covid-19, serta bantuan lain bagi keluarga, pekerja, warga emas dan firma lalui tranformasi
Feb 19, 2020 | 05:30 AM
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat semalam telah membentangkan Belanjawan bagi membantu rakyat Singapura mengharungi cabaran jangka pendek akibat kesan penularan koronavirus Covid-19 selain bantuan bagi menangani kos sara hidup.
Dalam Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen semalam, beliau mengumumkan Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai $4 bilion bagi mengekalkan pekerja dalam ekonomi yang lemah serta membantu syarikat dalam aliran tunai mereka.