Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baju seragam, nama jawatan baru bagi pekerja SembWaste

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA firma urusan sampah SembWaste memulakan tahun baru ini dengan berwajah baru, menggayakan pakaian seragam serta diberikan nama jawatan yang diperbaharui.



Nama jawatan pekerjanya telah diberikan nafas baru daripada 'Kapten Perkhidmatan' kepada 'Ketua Perkhidmatan', manakala jawatan 'Kru Pengumpulan Sampah' kepada 'Duta Perkhidmatan'.



Langkah ini bertujuan untuk mencerminkan secara tepat peningkatan standard perkhidmatan, kecekapan latihan serta kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan peranan tugas pekerja mengikut Model Pendapatan Progresif SembWaste.



Firma itu juga memperkenalkan barisan lori sampah baru yang canggih dari Mercedes-Benz, menjadikannya syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggunakan lori sampah yang menguruskan sampah dengan cekap.



Lori sampah tersebut digunakan di laluan pengumpulan sampah sektor Clementi-Bukit Merah mulai hari ini.



Dalam kenyataannya, SembWaste berkata, pelancaran pakaian seragam dan lori sampah baru itu, yang diadakan di The JTC Summit pada 11 Disember lalu, menandakan titik penting dalam usaha berterusan firma itu untuk "menarik, melatih dan mengekalkan bakat, serta memanfaatkan kekuatan digitalisasi dan peningkatan teknologi untuk meningkatkan daya penghasilan dan kecekapan".



Mulai hari ini, pekerja SembWaste akan mengenakan pakaian seragam baru yang direka sendiri berdasarkan maklum balas kakitangannya.



Kali terakhir pakaian seragam SembWaste diperbaharui adalah sedekad lalu.



Antara cadangan yang diberikan termasuk menambah keselesaan, ciri keselamatan dan fungsi pakaian seragam.



Ketua perkhidmatan SembWaste, Encik Mohd Saffri Bujang, berkata:



"Syarikat tanya kami warna apa yang kami suka dan ciri-ciri apa yang kami mahu. Kami beritahu mereka adalah baik meletakkan lebih banyak jalur keselamatan. Kami juga berkata pemegang pena berguna untuk letak pena bagi menulis laporan harian dan mereka tambahkan semua itu (pada pakaian seragam baru)."



Duta perkhidmatan SembWaste, Encik Mohamad Fahmi Azizi Mohd Zin, pula berkata:



"Pakaian seragam baru lebih selesa. Kainnya lebih ringan dan berkualiti bagus. Kini, dengan jalur reflektif di lengan, ia lebih selamat untuk kami pekerja. Reka bentuknya juga kelihatan lebih bagus. Saya suka."



Akibat penangguhan logistik, pakaian seragam baru itu akan diberikan secara bertahap kepada sekitar 600 pekerja SembWaste dan mereka dijangka menerima pakaian seragam penuh bulan ini, kata firma urusan sampah itu.



Barisan lori sampah baru SembWaste merangkumi antara lain, lori pengumpulan sisa pepejal Mercedes-Benz Econic, lori pengumpulan sampah Mercedes-Benz dan lori kitar semula Mercedes-Benz.



Lekatan baru juga ditampal di lori-lori tersebut yang membawa mesej 'Let's turn trash to treasure' atau 'Ayuh tukar sampah menjadi bahan dihargai'.



Ia bagi mengingatkan orang awam agar bekerjasama dengan SembWaste dengan menggunakan sumber berharga bumi sebaik mungkin.



Pengarah pengurusan SembWaste, Encik Neo Hong Keat, berkata selain memperkenalkan peralatan dan inisiatif baru, SembWaste juga akan melabur dalam pembangunan pekerja.



"Kami sangat percaya bahawa pekerja kami adalah aset terbesar kami dan kami akan berusaha untuk mempertingkat kemahiran dan menarik bakat baru untuk menyertai industri ini dengan tujuan mewujudkan nilai untuk berkhidmat kepada orang ramai dan pelanggan kami," kata Encik Neo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >