Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bak berada di Tanah Suci, jemaah solat Jumaat Masjid Sultan dialun bacaan merdu qari Madinah

Sep 08, 2023 | 05:41 PM



Ribuan jemaah Masjid Sultan dibuai alunan suara merdu dengan ada yang merasakan mereka seolah-olah dibawa ke Mekah ketika mendirikan solat Jumaat.

Manakan tidak, solat Jumaat di masjid tersebut telah dipimpin Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani, seorang imam, qari, ulama, dan hafiz yang berpangkalan di Madinah.

Keunikan beliau adalah kemampuannya meniru cara qari terkenal di dunia membaca Al-Quran, termasuk imam di Haramain di Mekah dan Madinah. Sejauh ini, beliau boleh meniru cara 99 qari berbeza membaca Al-Quran.

Beliau juga telah menerima anugerah daripada Gabenor Mekah dan Madinah atas bacaan Al-Qurannya.

Sheikh Muhammad Saad tiba di Singapura pada Khamis dan bakal berangkat pada Ahad.

Menurut Pengarah Urusan Tri-Ways Tours and Travel, Kapten K. Shaukath Ali, yang mengurus lawatan Sheikh Muhammad Saad ke Singapura, sheikh itu “singgah” ke sini buat sementara waktu dan bakal meneruskan perjalanannya ke Gold Coast, Australia atas jemputan pusat Islam di sana.

“Sambutan di masjid adalah baik. Orang ramai memberi komen bahawa mereka rasa bak mereka berada di Mekah! Ramai ambil gambar bersama beliau, dan barisan beratur panjang untuk bersalaman bersama beliau,” kongsi Kapten K. Shaukath.

Menurut beliau, Sheikh Muhammad Saad yang berasal dari Pakistan, juga telah membaca Al-Quran dengan meniru suara beberapa imam dari Mekah dan Madinah 20 minit sebelum solat Jumaat bermula.

BH difahamkan bahawa Sheikh Muhammad Saad akan memimpin solat Maghrib di Masjid Sultan pada Sabtu.

Kegiatannya di Singapura selama empat hari ini belum dimuktamadkan, kata Kapten K. Shaukath.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >