Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakal calon WP nafi ada hubungan sulit dengan pelajar

Aug 28, 2015 | 11:56 AM



BAKAL calon Parti Pekerja (WP) bagi Pilihan Raya Umum 2015, ahli sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Daniel Goh, menafikan dakwaan beliau mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan bekas pelajarnya.


Dalam apa yang beliau sifatkan kepada media sebagai surat racun melalui e-mail, Dr Goh, dalam satu mesej teks kepada akhbar The Straits Times malam tadi, dan pos Facebook kemudiannya, berkata: "Saya sama sekali menyangkal dakwaan tidak berasas itu dan mempersoal masa surat racun itu diedar, memandangkan ia datang serta-merta selepas calon diperkenal.


"Saya berada pada mata awam, terlibat dalam WP lebih dua tahun. Jika tujuannya ialah menyedarkan parti mengenai keruntuhan moral yang didakwa itu, ia seharusnya telah dilakukan sebelum ini, dan secara langsung kepada para pemimpin parti.


"Saya sentiasa mengekalkan hubungan profesional dengan para pelajar saya. Ini amat menyakitkan, dan tidak adil kepada keluarga saya," ujar beliau, 42 tahun.


Isteri Dr Goh suri rumah dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.


Beliau diperkenal Rabu lalu sebagai calon WP bagi GRC East Coast.


Sepucuk surat yang dihantar oleh seorang bernama 'Max Chan' dikirim kepada beberapa pertubuhan media malam tadi, mendakwa Dr Goh mempunyai hubungan sulit pada 2008 dengan seorang pelajar posijazah NUS, dan mempersoal watak dan akhlak beliau.


Surat itu juga mendakwa teman lelaki pelajar tersebut, yang disebutnya sebagai 'J', mendapat tahu tentang hubungan itu melalui mesej telefon pelajar tersebut.


E-mel itu juga dihantar ke pada setiausaha agung WP, Encik Low Thia Khiang, dan pengerusi Sylvia Lim.


Dr Goh berkata beliau menasihatkan pelajar tersebut berhubung tesis sarjananya dari 2007 hingga 2009. Pelajar itu kemudian meninggalkan Singapura untuk mendapatkan ijazah kedoktoran, dan kembali menjadi pembantu pengajar tetapi meninggalkan jawatan itu pada 2012.


Beliau berkata mereka masih berhubungan "kerana dia banyak menghormati saya kerana saya menasihatkannya mengenai pengajian PhD-nya di Amerika Syarikat".


Dr Goh tidak tahu siapa menulis surat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >