Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bakal ke Uni Oxford pilih pengajian dasar awam

Penerima Biasiswa Lee Kuan Yew termuda tahun ini
Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG lima tahun berkhidmat dengan syarikat perundingan pengurusan antarabangsa McKinsey & Company, Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi bekerjasama dengan banyak organisasi daripada sektor awam, swasta dan pemerintah.



Beliau kali pertama didedahkan kepada bidang perundingan pengurusan ketika melakukan latihan amali pekerjaan semasa tahun terakhirnya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2014.



Cik Fadhilah, 30 tahun, merupakan mahasiswi bidang perniagaan dan perakaunan ketika itu.



“Sebenarnya saya tak begitu suka perakaunan dan hampir menukar jurusan pengajian saya tetapi pensyarah saya ketika itu meyakinkan saya untuk teruskan.



“Jadi, sepanjang pengajian, saya telah melakukan banyak latihan amali dalam pelbagai sektor, tak kira lah yang berkaitan teknologi mahupun perniagaan, hanya untuk melihat sama ada perakaunan merupakan bidang yang sesuai buat saya,” ceritanya.



Pada tahun terakhirnya di NUS, Cik Fadhilah berpeluang berkhidmat dengan Conjunct Consulting, perundingan perubahan sosial pertama di Asia Tenggara yang bekerjasama dengan badan-badan sosial dan menyokong mereka melalui perundingan projek dan bengkel dalam strategi, penyelidikan dan pelaksanaan.



“Saya mendapat pendedahan, latihan dan lebih memahami kemahiran yang diperlukan.



“Apa yang dilakukan dalam perundingan pengurusan pada saya, suatu yang bermakna dan sangat sesuai dengan kemahiran yang saya miliki,” ujar beliau.



Kini, beliau memegang jawatan Pengurus Serantau bagi Kerjasama di badan bukan mencari keuntungan antarabangsa, Generation, setelah lima tahun bekerja di McKinsey & Company sebagai konsultan dengan kepakaran dalam sektor awam.



Tugasnya itu telah memberinya peluang bekerjasama dengan beberapa badan pemerintah serta organisasi berbilang hala (multilateral organisations) seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia, menurut Cik Fadhilah.



“Saya lihat impak yang mampu dilakukan organisasi sebegini pada kehidupan seharian orang-orang biasa, saya didedahkan kepada ‘dunia’ ini dan saya mahu menyumbang sesuatu,” ujar beliau.



September ini, Cik Fadhilah bakal ke United Kingdom untuk memulakan pengajian Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.



Beliau telah diberi Biasiswa Lee Kuan Yew dan merupakan penerima termuda biasiswa tersebut tahun ini, yang diberikan kepada hanya tiga calon yang cemerlang.



Ditanya mengapa beliau memilih melanjutkan pendidikannya dalam bidang dasar awam, bekas pelajar Sekolah Perempuan Raffles dan Maktab Rendah Raffles itu berkata:



“Lebih banyak saya bekerja dengan (badan-badan) pemerintah, saya sedar bahawa kita sebenarnya tidak menyedari betapa besarnya pengaruh dasar-dasar pemerintah terhadap kehidupan seharian kita.



“Saya fikir, jika saya mahu melakukan perubahan dalam kehidupan seseorang, inilah salah satu cara saya dapat lakukannya.”



Bahkan, Cik Fadhilah, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik perempuan, sudah pun berusaha meninggalkan kesan dalam kehidupan orang di sekelilingnya.



Sepanjang tiga tahun lalu, beliau aktif menyumbang sebagai Pengarah Program di bawah Kelab Mendaki Muda (YMC), membimbing pelajar sekolah menengah, madrasah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Antaranya, beliau mahu menyediakan akses kepada maklumat serta sumber kepada pelajar yang mungkin tidak terdedah kepadanya, misalnya, rangkaian dan hubungan dengan para profesional.



“Saya amat bersyukur dengan semua peluang yang telah saya terima selama ini dalam kehidupan saya.



“Oleh kerana saya sudah diberi semua peluang ini, semua perkara yang didedahkan kepada saya disebabkan sekolahsekolah yang pernah saya hadiri, orang-orang yang pernah saya jumpa...saya mahu menyediakan semua sumber ini kepada semua orang juga,” ujar Cik Fadhilah.




“Lebih banyak saya bekerja dengan (badan-badan) pemerintah, saya sedar bahawa kita sebenarnya tidak menyedari betapa besarnya pengaruh dasar-dasar pemerintah terhadap kehidupan seharian kita. Saya fikir, jika saya mahu melakukan perubahan dalam kehidupan seseorang, inilah salah satu cara saya dapat lakukannya... Saya lihat impak yang mampu dilakukan organisasi sebegini (PBB & Bank Dunia) pada kehidupan seharian orang-orang biasa, saya didedahkan kepada ‘dunia’ ini dan saya mahu menyumbang sesuatu.”
– Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >