Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakal Ketua Eksekutif Muis lakar hala tuju

Dec 06, 2018 | 05:30 AM



BAKAL Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, telah melakarkan tiga bidang tumpuannya apabila beliau mengambil-alih jawatan tersebut mulai bulan depan.



Tiga bidang itu ialah - memastikan kestabilan program yang dijalankan Muis; meninjau bidang yang perlu diperbaiki; dan merancang awal bagi menangani isu yang bakal dihadapi masyarakat pada masa akan datang.



Encik Esa berkata, adalah penting memastikan program yang dijalankan Muis terus memenuhi jangkaan dan keperluan masyarakat selain terus diperkukuh.



Namun, beliau akur bahawa terdapat keperluan baru serta cabaran yang perlu ditangani.



Justeru, Encik Esa, 39 tahun, berkata Muis giat meninjau dan mengenal pasti isu tersebut agar dapat membuat perancangan bagi menanganinya.



Beliau juga amat menitikberatkan kerjasama antara badan berkanun itu dengan pertubuhan lain bagi mengukuh sokongan yang diberi bagi mempertingkat masyarakat.



Dalam satu wawancara bersama media di Hab Islam Singapura kelmarin, beliau turut menyifatkan kerjasama M Kuasa Tiga (M3) - yang menggabungkan Yayasan Mendaki, Muis dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - sebagai antara keutamaannya.



Menurutnya, Muis akan bekerjasama dengan agensi lain itu bagi menangani keprihatinan berbeza.



Sebagai contoh, apabila si ibu bapa dipenjara, mereka ingin memberi keluarga itu sokongan selain memperkukuh khidmat kaunseling bagi individu yang dijel agar mereka mendapat sokongan moral dan rohani untuk kembali dalam masyarakat.



Encik Esa berkata mereka akan bekerjasama dengan badan Melayu/Islam lain itu bagi menanganinya dengan cara yang lebih sistematik.



"Setiap agensi mempunyai aset dan program sendiri... tapi dengan bekerjasama, kami boleh menggabungkan program dan usaha kami untuk memastikan keluarga yang dibantu itu dapat meraih manfaat secara menyeluruh daripada bantuan yang diberi.



"Kami sedang bekerja keras dan banyak berbincang antara agensi, menjalankan program rintis dan pelbagai daya usaha dalam kejiranan dan estet berbeza," ujarnya.



Encik Esa yang kini Timbalan Ketua Eksekutif Muis akan mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Ekekutif Muis, menggantikan Haji Abdul Razak Hassan Maricar, 64 tahun, mulai 1 Januari depan.



Dengan pembaharuan pucuk pimpinan Muis ini tatkala Singapura kini melalui perubahan generasi dalam kepimpinan politiknya, Encik Esa berkata pembaharuan itu wujud bukan sahaja dalam politik, malah dalam perkhidmatan awam.



Tambahnya, ini akan memberi pemimpin peluang meraih pengalaman yang luas dan membawa pengalaman itu ke pertubuhan yang berbeza.



"Walaupun saya membawa pengalaman tertentu dalam peranan saya di Muis, adalah penting juga untuk saya mendengar dan bersikap terbuka kepada idea daripada pakar lain dalam Muis," katanya.



Encik Esa berkata penting bagi masyarakat Muslim turut menyumbang di peringkat nasional.



Semasa Ramadan misalnya, beliau berkata masjid di sini mengambil kesempatan menjalin persahabatan dengan jiran mereka dengan mengagihkan bubur kepada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa mahupun agama.



Apabila bencana melanda di luar negara pula, masyarakat menunjukkan semangat belas ihsan dengan menghulurkan derma menerusi Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF).



"Bagi masyarakat Muslim, terdapat peluang untuk kita menyumbang kepada masyarakat lebih meluas dan menyertai usaha pembangunan negara ini," ujar Encik Esa.



LAPORAN LANJUT: Usia bukan penghalang untuk menyumbang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >