Bakal Mufti Nazirudin ingin guna cara inovatif dekati masyarakat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Bakal Mufti Nazirudin ingin guna cara inovatif dekati masyarakat

Feb 25, 2020 | 05:29 PM

BAKAL Mufti Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir bercadang mendekati masyarakat, terutama yang lebih muda, menerusi podcast, media sosial dan cara inovatif yang lain.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas pada Selasa (25 Februari) menjelang pelantikannya.

Kata beliau: "“Mendekati masyarakat adalah perkara yang sangat penting dan perlu diteruskan."

Selain berkongsi sebahagian strategi mendekati masyarakat, Dr Nazirudin, yang bakal mengantikan Dr Mohamad Fatris Bakaram sebagai Mufti pada 1 Mac ini, turut  menyentuh bagaimana tanggungjawab Mufti telah berubah.

Justeru dalam mengharungi perubahan itu, Dr Nazirudin berkata peranan itu dipermudahkan lagi dengan adanya pasukan dari Pejabat Mufti, termasuk dua Timbalan Mufti, yang bakal menyokongnya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Pasukan Pejabat Mufti telah berkembang dengan lebih besar, dan mereka melakukan banyak tugasan, bukan sahaja menjawab soalan berkenaan agama atau menguruskan isu fatwa.

“Namun sekarang, kita juga perlu menguruskan dan mengeluarkan banyak dasar keagamaan dan pada masa yang sama menggunakan pelbagai wadah untuk mendidik serta mendampingi masyarakat - sebagai contoh menerusi media sosial seperti Instagram, Facebook, Podcast dan sebagainya,” kata beliau yang dilantik sebagai Mufti keempat Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map