Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN PEMIMPIN KEAGAMAAN MUIS

Bakal Mufti terima bimbingan persiapan lebih sedekad

Jan 10, 2020 | 05:30 AM



USTAZ Dr Nazirudin Mohd Nasir mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas setelah berkhidmat dalam pelbagai bidang kerja di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Beliau menyertai Muis pada 2002 sebagai pegawai Eksekutif Pembangunan Keagamaan dan kemudian dinaikkan pangkat sehingga menyandang jawatan Pengarah Kanan, Kelompok Pembangunan Pendidikan dan Dasar.



Kini menyandang jawatan Timbalan Mufti, Dr Nazirudin memberi sokongan kepada Mufti, Dr Mohamad Fatris Bakaram, dalam menyediakan bimbingan bagi kehidupan beragama masyarakat Islam setempat.



Sepanjang kerjayanya di Muis, Dr Nazirudin, 43 tahun, berkhidmat dalam pelbagai bidang tugas termasuk menyusun semula struktur pendidikan Islam separuh masa, fatwa dan dasar keagamaan serta pembangunan kurikulum dan kandungan keagamaan.



Beliau akan menyandang jawatan Mufti, menggantikan Dr Mohamad Fatris, pada 1 Mac ini.



Dalam kenyataannya, Muis berkata:



"Beliau juga memainkan peranan penting dalam membangunkan fatwa berkaitan pendermaan organ dan pemilikan bersama dan dalam melakarkan kedudukan etika berhubung isu-isu bioperubatan."



Sumbangan Dr Nazirudin termasuk sebagai Anggota Bersekutu Jawatankuasa Fatwa, anggota Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) selain memainkan peranan penting dalam pembangunan Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



Sumbangan beliau juga melebihi bidang keagamaan.



Antaranya beliau merupakan anggota Jawatankuasa Penasihat Bioetika Singapura.



Sebagai Mufti nanti, Dr Nazirudin bakal disokong dua Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris dan Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.



Pelantikan mereka juga berkuatkuasa 1 Mac ini.



Mengulas pelantikannya, Dr Nazirudin berkata beliau beruntung menerima bimbingan daripada Dr Mohamad Fatris selama lebih sedekad dan menyifatkan Mufti dan asatizah mapan sebagai contoh bagi beliau ikuti.



Memandang ke depan, beliau berkata:



"Saya akan bekerja rapat dengan pasukan yang utuh di Pejabat Mufti untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam Singapura dan masyarakat yang lebih besar dalam mencapai kemajuan yang lebih baik dan memperkukuh perpaduan sosial," ujarnya.



Dr Nazirudin menerima pendidikannya di Universiti Al-Azhar di Kahirah, Mesir, dan School of Oriental and African Studies, di London, Britain, sebelum menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian agama ajaran Nabi Ibrahim di Universiti Oxford.




"Saya akan bekerja rapat dengan pasukan yang utuh di Pejabat Mufti untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam Singapura dan masyarakat yang lebih besar dalam mencapai kemajuan yang lebih baik dan memperkukuh perpaduan sosial."
- Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir yang akan menyandang jawatan Mufti mulai 1 Mac 2020.



"Beliau (Dr Nazarudin) juga memainkan peranan penting dalam membangunkan fatwa berkaitan pendermaan organ dan pemilikan bersama dan dalam melakarkan kedudukan etika berhubung isu-isu bioperubatan."
- Kenyataan Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >