Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakat muda kumpul lebih $2.1j dalam konsert ChildAid

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



BAKAT-BAKAT muda naik pentas kelmarin untuk mengumpulkan dana lebih $2.1 juta dalam konsert ChildAid edisi ke- 13.



Lebih 190 peserta yang mengambil bahagian, berusia antara lima dengan 18 tahun telah mencuri hati lebih 1,325 penonton di Teater Resorts World dengan persembahan seperti seni bela diri, tarian Bollywood, persembahan muzik dan banyak lagi dalam konsert yang dianjurkan oleh akhbar The Straits Times dan The Business Times.



Konsert 90 minit yang diberi tajuk 'An Amazing Awesome Asian Adventure', merupakan konsert ChildAid pertama yang menggunakan pendekatan penceritaan sejak ia dikenalkan pada 2005.



Jalan ceritanya mengisahkan kembara empat kanak-kanak yang mendapati topeng impian mereka dicuri seorang nenek kebayan. Untuk mendapatkan balik topeng itu, mereka mengikuti petunjuk yang diberikan oleh sejenis makhluk, lantas terdedahlah mereka kepada pelbagai pengalaman menarik dan menakjubkan merantau ke Asia.



Persembahan diterajui pelakon utama,Gisele Chiam dan Emiliano Cyrus, kedua-duana sembilan tahun, serta Neo Le Yang dan Lilo Baier, 11 tahun.



Encik Helmi Yusof, wartawan Business Times yang juga pengerusi bersama ChildAid, berkata: "ChildAid 2017 telah berjaya membuat peralihan dari konsert tulen ke format muzik naratif, dan diharapkan dapat terus mencari cara-cara ekspresi baru dari sini."



Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, adalah tetamu kehormat konsert.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >