Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakat teknologi kesihatan bantu SG penuhi permintaan baru di tengah Covid-19

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dapat menyesuaikan keupayaan sedia ada sektor penjagaan kesihatan dengan pantas bagi memenuhi permintaan baru semasa pandemik Covid-19 disebabkan adanya kumpulan bakat teknologi kesihatan tangkas dan berkebolehan, kata Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini di samping asas kesihatan digital kukuh dan kerjasama rapat antara pihak berkepentingan.



Beliau berkata demikian di perasmian HealthTech X, sebuah acara dalam talian yang diadakan julung-julung kalinya bagi mengumpulkan klinisian, karyawan penjagaan, ahli teknologi, saintis, pentadbir dan pelajar untuk membincangkan pelbagai topik dalam penjagaan kesihatan dan teknologi.



Menggabungkan teknologi dalam penjagaan kesihatan adalah suatu perkara rumit, yang bukan perlu menimbangkan faktor klinikal dan pengalaman pesakit saja, malah pelbagai sistem yang memerlukan beberapa tahap penyepaduan, kata Encik Masagos.



"Meskipun Covid-19 menguji sektor penjagaan kesihatan kita, saya gembira kita dapat membangunkan teknologi baru dan keupayaan data dalam tempoh singkat untuk menyokong tunggak utama strategi nasional kita terhadap Covid-19 - dalam penjejakan kontak, ujian, vaksinasi dan mengendalikan kemudahan penjagaan masyarakat kita.



"Pasukan teknologi kesihatan kita memanfaatkan huraian dan keupayaan sedia ada, dan dengan pantas menyesuaikannya bagi memenuhi permintaan baru," katanya, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Beliau memberi contoh Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS) telah menyesuaikan semula penggunaan sistem GPConnect, sebuah sistem pengurusan klinikal yang direka bagi klinik doktor perubatan umum (GP), untuk dikerahkan di kemudahan penjagaan tahun lalu.



Tahun ini, penggunaannya disesuaikan sekali lagi untuk menyokong program vaksinasi nasional, yang membolehkan 90 rakan mengendalikan lebih 140 tapak vaksinasi.



Di luar pandemik ini, beliau berkata sistem penjagaan kesihatan akan terus berdepan cabaran baru dan sistem itu perlu bersedia bagi masa depan demi memenuhi keperluan kesihatan rakyat.



Beliau berkongsi empat perkara dalam konteks teknologi yang akan menyokong perjalanan ke arah sistem penjagaan kesihatan bagi masa depan.



Antaranya ialah menekankan aspek digitalisasi dan bukan sekadar beralih daripada pena dan kertas kepada data elektronik.



Encik Masagos berkata ia memerlukan peralihan asas dalam cara memikirkan semula proses, dan proses harus diselaraskan apabila boleh.



"Ini mungkin menggunakan alternatif digital lebih berkesan, tanpa menjejas mutu; mempertingkat kemahiran tenaga kerja kita; dan mereka semula pekerjaan. Ini akan membolehkan karyawan penjagaan kita memberi tumpuan pada bahagian paling penting tugas mereka - penjagaan pesakit secara langsung," kata beliau.



Encik Masagos turut menyebut tentang keperluan beralih daripada pendekatan pelbagai agensi atau perkhidmatan kepada pendekatan mengutamakan pesakit sedang mereka bergerak dalam kontinum penjagaan, dan pendekatan serta pemerkasaan pesakit secara dua hala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >