Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baki CPF pencarum naik melebihi $505.7 bilion

Kenaikan cecah paras baru, menurut laporan tahunan Lembaga CPF
Jul 05, 2022 | 05:30 AM



BAKI Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pencarum telah meningkat kepada satu paras baru, melebihi setengah trilion dolar sehingga akhir tahun lalu.



Baki CPF mereka meningkat 9.4 peratus kepada $505.7 bilion - daripada $462.1 bilion pada 2020 - menurut laporan tahunan Lembaga CPF yang dikeluarkan semalam.



Satu rekod faedah sejumlah $18.3 bilion juga dibayar kepada pencarum pada tahun lalu.



Pada 2020, pencarum menerima faedah sejumlah $16.8 bilion.



Tahun lalu, tokokan CPF secara sukarela terus meningkat kepada paras yang baru, dengan $4.8 bilion dalam bentuk tokokan dan peralihan CPF kepada diri mereka sendiri, akaun khas atau persaraan orang tersayang.



Ini membentuk kenaikan sekitar 60 peratus daripada $3 bilion yang dibuat pada 2020.



Tokokan itu dibuat oleh 294,000 pencarum CPF, dengan sekitar separuh menokoknya buat kali pertama.



"Kami juga terus menyediakan khidmat untuk pencarum dalam persaraan mereka - 416,000 menerima bayaran persaraan CPF berjumlah $2.2 bilion pada tahun lalu.



"Daripada angka ini, lebih daripada 85,000 pencarum diletakkan di bawah skim CPF Hayat dan akan menerima bayaran bulanan mereka selagi mereka hidup," kata CPF dalam laporan itu.



Sekitar 996,000 pencarum menggunakan $21.9 bilion daripada simpanan CPF mereka untuk keperluan rumah tahun lalu.



Sementara itu, bilangan transaksi yang dilakukan menerusi laman CPF dan aplikasi mudah alih CPF naik hampir seganda kepada 171 juta tahun lalu, daripada 90 juta pada 2020.



"Kami lancar laman CPF yang dinaik taraf pada November tahun lalu dan memudahkan navigasi dengan kandungan yang padat dan tersusun secara bertema.



"Terdapat juga papan pemuka dalam talian yang menyeluruh yang menawarkan akses kepada maklumat CPF peribadi seperti baki akaun dan transaksi terkini.



"Aplikasi mudah alih CPF juga dipertingkat agar lebih mesra warga senja, dengan ikon mesra jejari dan label yang dipermudah bagi navigasi dalam aplikasi yang lebih mudah.



"Terdapat juga sudut privasi baru yang membenarkan pencarum melindungi maklumat sensitif dengan hanya satu tekan butang, menawarkan lebih privasi dan jaminan semasa menggunakan aplikasi itu di tempat awam atau ditunjukkan kepada orang tersayang," kata Lembaga CPF.



Lembaga CPF menambah bahawa 2021 terus memberi cabaran kepada warga Singapura dan sesetengah pencarum yang menghadapi kesukaran kewangan telah menghampiri Lembaga itu untuk mendapatkan pertolongan.



Seramai 8,496 pencarum yang menghadapi masalah kewangan telah dibantu menerusi langkah bantuan pemerintah yang menyeluruh menerusi rangkaian dengan 40 agensi di bawah daya usaha Protokol Pengurusan Permohonan Yang Ditolak (Ramp).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >