Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN: BUKU MENGENAI MASYARAKAT INDIA MUSLIM S'PURA

Bakti Ahmad Ibrahim luas, berkekalan

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



Peguam Negara pertama S'pura turut lakar Amla, lindungi wanita, dan turunkan minat baca, belajar Masyarakat India Muslim di Singapura berkembang daripada pendatang mencari rezeki kepada komuniti berakar umbi di tanah ini. Baru-baru ini, buku 'Indian Muslims in Singapore: History, Heritage and Contributions' (India Muslim di Singapura: Sejarah, Warisan dan Sumbangan) dilancarkan. BERITA HARIAN menyelami kisah dua individu yang telah menyumbang kepada masyarakat dan dipapar dalam buku itu menerusi perkongsian anak cucu mereka.




ALLAHYARHAM Profesor Ahmad Mohamed Ibrahim benar-benar menjiwai dan melambangkan pembelajaran sepanjang hayat.



Manakan tidak, hingga ke penghujung nyawanya pada usia 82 tahun, Peguam Negara pertama Singapura itu masih membaca, menulis dan mengajar, menurut cucu Allahyarham, Encik Ibrahim Mohamed Tahir.



"Beliau mengajar pada hari beliau meninggal dunia. Beliau kurang sihat untuk ke teater kuliah jadi beliau menyuruh semua pelajarnya datang ke pejabat beliau, justeru beliau mengajar di pejabatnya pada hari terakhir hidupnya," ujar Encik Ibrahim, 48 tahun, kepada kepada Berita Harian.



Mengimbas kembali kenangan bersama datuknya, Encik Ibrahim berkata Allahyarham seorang yang bekerja keras dan mempunyai etika kerja baik.



Biarpun begitu, Allahyarham, bapa sembilan anak, seseorang yang menghargai dan meluangkan masa bersama keluarga.



Menurut Encik Ibrahim, dalam semua perkara yang telah dilakukannya, Allahyarham paling bangga akan sumbangannya kepada undang-undang keluarga.



Sewaktu 1950-an, kadar perceraian tinggi, mengakibatkan wanita muda yang tidak ada pendidikan hidup bersama anak mereka sahaja.



Pada waktu itu, tiada undang-undang melindungi mereka mahupun mengawal selia perceraian, ujar Encik Ibrahim.



Pada 1966, Profesor Ahmad, dengan kepakarannya dalam undang-undang Islam, melakar Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) yang menyusun semula kuasa Mahkamah Syariah di Singapura.



Ini membawa kepada penubuhan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 1968.



"Jika anda melihat kembali sejarah kadar perceraian di Singapura, kesan terbesar merupakan inisiatif perundangan yang diperkenal untuk mengurangkan perceraian sembarangan yang sedang berlaku (ketika itu).



Undang-undang sangat berkuasa, dan ia banyak mempengaruhi sikap manusia. Beliau memahami itu... dan itulah yang memberinya motivasi," jelas Encik Ibrahim.



Allahyarham Profesor Ahmad meninggalkan Singapura pada 1969 untuk ke Malaysia, tempat beliau memulakan perjalanananya dalam akademia dan bidang pengajaran.



Mengenang detik-detik bersama datuknya, Encik Ibrahim berkata ketika membesar, beliau meluangkan cuti sekolah di rumah datuknya di Malaysia dan menghabiskan masa berjam-jam bersama arwah datuknya di perpustakaan rumah.



Ketika ditanya berapa banyak buku yang terdapat dalam perpustakaan itu, Encik Ibrahim menjawab "berlori-lori", dan kesemuanya didermakan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tempat beliau menjadi 'Syeikh' (jawatan di atas dekan) fakulti undang-undang.



Encik Ibrahim berkata, pengalaman dikelilingi buku bersama datuknya turut mempengaruhi minatnya terhadap buku, dan kini beliau sendiri memiliki kedai bukunya, Wardah Books di Bussorah Street.



Kini, bapa dua anak itu berharap dapat memberi inspirasi kepada anak-anaknya menerusi kisah arwah datuknya, sebagaimana arwah datuknya memberinya inspirasi.



Berkongsi apa yang beliau ingin sampaikan kepada anak-anaknya, Encik Ibrahim berkata:



"Apapun kerjaya yang mereka pilih, yang paling penting ialah etika kerja.



"Arwah datuk saya prihatin tentang masyarakatnya, justeru apa pun bidang yang mereka pilih, sumbanglah kepada masyarakat kerana masyarakat yang menaikkan kedudukan kita. Kita tidak boleh lakukan sesuatu perkara seorang diri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >