Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakti Angullia terus dinikmati masyarakat SG, luar negara

Wakaf A M S Angullia kini diurus generasi keempat Angullia, turut diagih di Makkah, Madinah, India dan Iraq
Jun 14, 2022 | 05:30 AM



APABILA ditanya apakah agaknya perasaan nenek moyangnya jika mereka masih hidup hari ini, Encik Gamal Angullia mengukirkan senyuman.



"Saya rasa mereka akan berasa gembira mengetahui wakaf yang mereka tinggalkan diurus dengan betul dan dilaksana mengikut wasiat mereka, biarkan selepas satu masa panjang dan dua perang dunia," ujarnya semasa menceritakan sumbangan nenek moyangnya kepada masyarakat kepada Berita Harian kelmarin.



Encik Gamal berasa amat kagum akan pandangan jauh moyangnya dalam menubuhkan Wakaf Angullia, yang menurutnya datang daripada pendapatan perniagaan seperti pelaburan hartanah, yang hasilnya "diagih setiap tahun dan jumlah pokoknya terus dilabur dan tidak diagih".



Mengikut wasiat, dana daripada wakaf itu diagih di Singapura, Makkah, Madinah, Randir di India, dan Baghdad di Iraq.



Di sini, ia diagih dalam bentuk dermasiswa pendidikan, pertubuhan amal lain dan ahli keluarga Angullia yang memerlukan.



Usaha amal jariah itu bermula selepas peninggalan Allahyarham Mohamed Salleh Eusoof Angullia pada 21 September 1904, apabila tanggungjawab menguruskan pengagihan wakaf itu diteruskan oleh anaknya, Encik Ahmad Mohamed Salleh Angullia.



Beliau menubuhkan Wakaf A M S Angullia dengan hasrat memberi manfaat kepada golongan fakir dan miskin.



Hingga kini wakaf itu menyumbangkan kepada perubahan positif lanskap masyarakat Singapura, termasuk melalui geran pendidikan dan peningkatan Masjid Angullia di Serangoon Road, yang sebelum ini hanya sebuah masjid kecil berbumbung atap.



Baru-baru ini, masjid itu menjalani projek naik taraf menelan belanja hampir $8.5 juta, yang turut disumbang masyarakat.



Encik Gamal, daripada generasi keempat keluarga Angullia di sini, menekankan peranan masyarakat Islam Singapura dalam menjayakan usaha itu.



"Masyarakat tempatan umumnya sangat murah hati dalam menderma dan kami mengumpul lebih daripada jumlah yang diperlukan dalam tempoh singkat.



"Masyarakat India Muslim dan masyarakat Islam lain secara amnya telah memainkan peranan penting dalam menyokong masjid, melalui pelbagai projek naik taraf dan pembangunan semula," ujr Encik Gamal.



Usaha-usaha seperti itu yang mendorong beliau dari kecil untuk berkhidmat di Masjid Angullia sebagai ahli jawatankuasanya.



Kini, sedang dengan usianya hampir mencecah 60 tahun, Enck Gamal berharap anak-anaknya dan keluarga Angullia yang lain boleh meneruskan usaha yang digiatkan generasi Angullia yang lalu.



Beliau berharap semangat keusahawanan, hasrat mempelopori idea baru dan sifat dermawan untuk berbakti kepada masyarakat dapat ditanam dalam jiwa generasi sekarang dan akan datang demi menyambung legasi generasi lalu.



"Saya telah melibatkan anak-anak saya sejak mereka kecil untuk berkhidmat bersama saya di masjid, dan turut berbual dengan mereka tentang aktiviti amal wakaf yang telah dijalankan.



"Saya juga berharap dapat memupuk semangat beramal dalam diri mereka dan suatu hari nanti mereka dapat menubuhkan atau menyumbang kepada wakaf atau usaha amal lain atau menderma bgi tujuan kebajikan," tambah beliau.



Sumbangan nenek moyang Encik Gamal dan beberapa individu terkemuka India-Muslim lain Singapura dirakam dalam sebuah buku, Indian Muslims in Singapore: History, Heritage and Contributions (India Muslim di Singapura: Sejarah, Warisan dan Sumbangan), yang dilancar Presiden Halimah Yacob Sabtu lalu di Teater MUIS.



Penerbitan buku tersebut, yang ditulis oleh Dr Ab Razak Chanbasha, disokong AMP Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Lembaga Warisan Negara (NHB).



Mengulas mengenai usaha itu, Encik Gamal, yang hadir di pelancaran buku itu, berkata: "Saya rasa buku ini adalah satu inisiatif hebat, dan saya mengucapkan tahniah kepada Dr Abdul Razak Chanbasha atas usaha gigih beliau.



"Ilmu yang dirakamkan ini dapat dibaca oleh semua keturunan keluarga Angullia dan masyarakat umum, dan semoga ada yang mengikut jejak langkah mereka.



"Buku ini akan merangsang bukan masyarakrat India-Muslim sahaja, bahkan seluruh masyarakat Islam ke arah mencontohi sumbangan baik dan sifat dermawan mereka."



Buku Indian Muslims in Singapore: History, Heritage and Contributions berharga $60 senaskhah dan boleh didapakan dalam talian melalui eshop.amp.org.sg serta di kedai buku terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >