PEMIMPIN akar umbi yang telah berbakti seiring Cik Halimah Yacob melahirkan perasaan bercampur baur - gembira dan juga sedih - dengan pengumuman Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee itu malam tadi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang dikhaskan bagi calon Melayu September ini.
Menurut mereka, mereka sedih kehilangan seorang AP yang rendah hati dan berjiwa penduduk, memandangkan Cik Halimah mengumumkan akan meletak jawatan sebagai AP hari ini.