Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Bakti Koo dan 672 aktivis parti disanjungi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

KONVENSYEN PARTI TINDAKAN RAKYAT (PAP) 2021

Bakti Koo dan 672 aktivis parti disanjungi

pap
Nov 29, 2021 | 05:30 AM

BELIAU telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP), dengan pengalaman luas sebagai Anggota Parlimen (AP) dari 1991 hingga 2011.

Demi mengiktiraf sumbangan dan dedikasi beliau, PAP menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Profesor Madya Koo Tsai Kee dalam sebuah majlis penyampaian anugerah parti itu kelmarin.

Profesor Koo juga memegang jawatan dalam kementerian berbeza semasa tempoh perkhidmatnya, termasuk dalam Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Selepas bersara sebagai AP pada 2011, beliau terus berkhidmat di cawangan PAP Tanjong Pagar-Tiong Bahru dan dalam Majlis Perbandaran Tanjong Pagar.

Profesor Koo berkata pengiktirafan itu satu penghormatan yang amat dihargainya.

Memberi nasihat kepada AP yang masih berkhidmat, beliau berkata: "Tugas seorang AP sekarang lebih sukar.

"Ramai telah melakukan yang terbaik, tapi sudah tentu masa sukar akan tiba. Nasihat saya kepada mereka ialah jangan membiarkan masalah itu menyelubungi mereka."

Turut diiktiraf ialah sumbangan 672 aktivis parti kepada Singapura.

Antara mereka ialah Cik Hamidah Aidillah Mustafa, yang menerima Pingat Wanita atas sumbangannya kepada siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita bagi merai dan terus memartabat wanita Singapura.

Cik Hamidah juga memainkan peranan sebagai aktivis selama 13 tahun dalam parti itu dan kini berkhidmat di cawangan Keat Hong.

"Saya berharap dapat terus mencetus inspirasi dalam lebih ramai warga, terutama sekali kaum Adam, untuk menyumbang kepada perbincangan ini dan lebih banyak topik, termasuk misogyny, atau sikap benci wanita, perbualan locker room (sembang mengenai wanita dalam ruang lelaki sahaja) serta menerapkan komunikasi lebih hormat-menghormati antara wanita dan lelaki di rumah dan tempat kerja.

"Objektif utama ialah membina masa depan di mana kededuanya, wanita dan lelaki, dapat berdiri sama tinggi dan menyokong satu sama lain dalam mencapai impian dan aspirasi mereka," ujar Cik Hamidah, pemilik syarikat analitik data Parrot Social.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3