Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakti relawan Mendaki pertingkat masyarakat dihargai

Zaqy: Relawan daftar bersama Mendaki naik 41% kepada lebih 2,700 orang tahun lalu
Feb 27, 2022 | 05:30 AM



MENJADI sukarelawan program bimbingan, seperti yang disediakan Yayasan Mendaki, bukan merupakan peluang baik untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sahaja, malah peluang bagi relawan belajar kemahiran baru dan meluaskan rangkaian.



Menti yang dibimbing oleh relawan pula boleh terdorong menyumbang kembali juga dan meningkatkan kehidupan orang lain.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di Majlis Penghargaan Relawan Mendaki semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, turut menekakan peri penting relawan.



"Sedang kita terus memupuk sikap mengambil berat sebagai sebahagian DNA warga Singapura, relawan memainkan peranan penting dan aktif dalam membina dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat," ujar beliau.



Seramai 126 relawan diiktiraf di majlis itu, yang dijalankan secara hibrid di Village Hotel Katong dan wadah Zoom. Anugerah penghargaan sukarelawan itu diberi kepada mereka yang aktif dalam kerja kesukarelawan bersama Mendaki dalam tempoh tiga tahun lalu, iaitu menyumbang 24 jam sekurang-kurangnya empat kali dalam satu tahun.



Kali terakhir majlis tahunan itu diadakan ialah pada 2019. Ia ditiadakan dua tahun disebabkan pandemik Covid-19. Antara penerima anugerah itu ialah Encik Nurshahiddin Abdul Rasid, 30 tahun.



Beliau menyumbang sebagai pembimbing Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bagi dua murid dari sekitar April dua tahun lalu hingga mereka menduduki peperiksaan itu hujung tahun itu.



Pada waktu itu Encik Nurshahiddin baru selesai pengajian peringkat sarjana di Sekolah Perniagaan Lee Kong Chian (LKCSB) Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan sedang mencari kerja.



"Saya memutuskan menjadi relawan kerana saya pun pernah menghadapi kesukaran dengan subjek Matematik dahulu dan saya pernah rasa sendirian dan hilang semangat.



"Saya melihat ini sebagai peluang baik untuk menyumbang kembali kerana mungkin ada murid di luar sana yang melalui apa yang saya lalui dahulu," katanya, yang kini eksekutif bagi Jabatan Pentauliahan dan Jaminan Mutu di LKCSB.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Mendaki, hadir di majlis semalam dan berkata, jumlah relawan yang mendaftar bersama Mendaki tahun lalu bertambah 41 peratus kepada lebih 2,700 orang berbanding tahun sebelumnya.



"Lebih ramai tampil membantu masyarakat mencapai kejayaan supaya kita dapat melihat lebih ramai anak muda kita melakukan lebih baik dalam kehidupan, mencapai aspirasi mereka, dan mengikuti jejak langkah model peranan mereka, dan saya harap apabila mereka berjaya mereka juga dapat kembali dan membantu masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >