Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN UCAPAN KETUA EKSEKUTIF MUIS

Bakti relawan tinggalkan kesan abadi

Oct 02, 2019 | 05:30 AM



"SUMBANGAN bakti relawan dalam membina masyarakat serta memperkukuh institusi sosio-agama kita telah kita raikan bersama melalui Majlis Anugerah Muis sejak 1990.



Hari ini, kita meraikan sembilan individu dengan Anugerah Jasa Bakti dan Jasa Cemerlang Muis. Seperti mereka yang menerima penghargaan yang sama sebelum ini, semua individu ini telah berkhidmat sekian lama tanpa rasa jemu atau mengharapkan balasan.



Lebih dari itu, mereka mewakili beribu relawan yang menyumbang di institusi tercinta kita - di madrasah, di masjid dan di badan-badan Melayu/Islam.



Mereka merupakan insan mithali yang menjadi tauladan kepada semua. Semoga segala amal jariah dan pengorbanan mereka diberkati Allah swt, Amin.



Semasa ucapannya pada Perjumpaan Hari Raya baru-baru ini, Menteri Masagos Zulkifli menyifatkan masyarakat Islam Singapura sebagai Masyarakat Gemilang yang merangkumi ciri-ciri Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan.



Dalam membina Keperibadian masyarakat Islam, Menteri akur akan peranan penting yang dimainkan agama dalam kehidupan masyarakat, dan juga peranan institusi-institusi utama seperti asatizah, masjid dan madrasah kita, dalam membentuk kehidupan sosial-keagamaan kita.



Terdapat satu nilai keperibadian masyarakat Melayu/Islam yang ketara, yang sering diungkapkan dan yang biasa kita dengar, iaitu Amal Jariah - yang bukan hanya amal, malah amal yang meraih faedah atau memberikan kesan yang berterusan.



Kami melihat nilai ini dalam sumbangan zakat tahunan yang Muis tadbir bagi pihak masyarakat Islam di sini, dengan sumbangannya terus meningkat tahun demi tahun.



Ini membolehkan Muis meletakkan sistem sokongan yang berterusan untuk penerima zakat kami, yang bukan sahaja menyediakan keperluan kewangan mereka, bahkan keperluan pendidikan agama anak mereka - dan dengan menghubungkan mereka dengan sistem sokongan negara, pekerjaan serta keperluan keluarga yang lain juga.



Dengan sokongan masjid kita yang menguruskan pengeluaran zakat, saya gembira melaporkan bahawa setiap bulan, Muis dapat mengagihkan $1.1 juta dana zakat yang disumbangkan oleh masyarakat dan dimanfaatkan sekitar 13,000 individu.



Sememangnya semangat memberi yang dapat memastikan golongan rentan dalam masyarakat dapat dijaga dengan berterusan, merupakan elemen penting dalam apa yang mentakrifkan masyarakat yang berjaya.



RELAWAN NADI MASYARAKAT



Satu lagi ciri khas masyarakat kita ialah semangat gotong-royong, yang dapat kita lihat pada kadar sukarelawan dalam masyarakat Islam.



Sukarelawan adalah nyawa serta nadi kehidupan masyarakat kita.



Ini tahun pertama saya sebagai Ketua Eksekutif Muis, dan saya berasa rendah hati di dewan ini hari ini, dengan adanya ramai individu yang giat dalam pelbagai tugas menyokong bidang teras kerja Muis:



Sebagai contoh, ahli Lembaga Pengiktirafan Asatizah melakukan kerja penting dalam memastikan asatizah mengekalkan piawaian profesional yang tinggi, sementara sukarelawan pada Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) telah menghabiskan banyak masa melibatkan pelbagai segmen masyarakat bagi mendapatkan maklum balas dan idea bagi menyokong pertumbuhan dan pembangunan Asatizah kita pada masa akan datang.



Kami juga mempunyai ramai sukarelawan di masjid dan madrasah, yang memainkan pelbagai peranan - daripada memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan antara kita, kepada memastikan urus tadbir dan proses yang baik di institusi keagamaan kita.



Ramai sukarelawan remaja kita juga terlibat dalam membina ikatan masyarakat yang kuat. Mereka juga menggalakkan keharmonian dan perpaduan sosial secara aktif, dengan menjalin hubungan dengan rakan dan warganegara kita semua, tanpa mengira kaum atau agama.



Dalam kita menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah dengan cepat, keperluan masyarakat juga akan berubah. Tetapi satu perkara yang saya percaya akan terus kekal, ialah sukarelawan yang komited dan berdedikasi untuk menyokong kerja institusi utama.



Saya juga gembira berkongsi bahawa sebagai sebahagian daripada daya usaha yang dilancarkan baru-baru ini - FITRAH - di bawah kerjasama M3 dengan Mendaki dan Mesra, kita sudah mempunyai 350 kaunselor agama dan pendamping masyarakat yang datang ke hadapan secara sukarela untuk membantu bekas banduan berintegrasi semula ke dalam masyarakat dan memberi sokongan kepada keluarga mereka.



Kami sedang dalam proses melatih sukarelawan ini agar dapat memainkan peranan mereka dengan lebih baik lagi.



Kemahiran dan keupayaan yang kami bina pada sukarelawan kami adalah sebahagian daripada asas Masyarakat Gemilang, yang dapat ditakrifkan oleh Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan.



SEMBILAN INDIVIDU PERMATA MASYARAKAT



Ciri-ciri ini terdapat pada sembilan individu yang kami rayakan hari ini dengan penghargaan tertinggi kami - Jasa Bakti Muis dan Jasa Cemerlang Muis.



Sembilan individu ini telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di institusi sosial-keagamaan kita yang tercinta, seperti masjid, serta pertubuhan rakan kongsi kita, yang turut melestarikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Islam dan masyarakat Singapura yang lebih besar.



Saya ingin menambah, bahawa antara penerima anugerah kami hari ini adalah karyawan yang sangat dihormati daripada pelbagai bidang - daripada sektor undang-undang, kepada pendidikan, teknologi maklumat, kejururawatan, serta sektor keagamaan.



Mereka telah menyumbang masa, tenaga dan kepakaran profesional mereka bagi kebaikan masyarakat, menjalankan pelbagai program untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam, dan berusaha membina serta memupuk ikatan kukuh sosial dengan pelbagai komuniti lain di Singapura.



Anugerah Muis adalah manifestasi simbiosis antara masyarakat dengan Muis.



Sama seperti bagaimana masyarakat perlukan institusi yang dinamik seperti Muis, institusi masyarakat kita juga memerlukan tenaga dan sumbangan sukarelawan kita daripada semua segmen masyarakat. Dengan bekerjasama, kita dapat meningkatkan lagi masyarakat, dan memastikan kita tetap menjadi sebuah masyarakat cemerlang bagi tahun-tahun yang akan datang.



Akhir kalam, saya sekali lagi mewakili Muis mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah kami. Mereka telah membuka jalan dan benar-benar menjadi contoh bagi kita semua agar terus membina sebuah masyarakat yang gemilang yang boleh kita banggakan.



Sempena Bulan Bahasa, izinkan saya akhirinya dengan serangkap pantun.



Teguhnya bangsa kerana muafakat

Pasti lentur jika sendiri

Bakti Tuan martabatkan masyarakat

Sanjungan diberi menjadi abadi."




"Kami melihat nilai ini dalam sumbangan zakat tahunan yang Muis tadbir bagi pihak masyarakat Islam di sini, dengan sumbangannya terus meningkat tahun demi tahun.

Ini membolehkan Muis meletakkan sistem sokongan yang berterusan untuk penerima zakat kami, yang bukan sahaja menyediakan keperluan kewangan mereka, bahkan keperluan pendidikan agama anak mereka - dan dengan menghubungkan mereka dengan sistem sokongan negara, pekerjaan serta keperluan keluarga yang lain juga.

Dengan sokongan masjid kita yang menguruskan pengeluaran zakat, saya gembira melaporkan bahawa setiap bulan, Muis dapat mengagihkan $1.1 juta dana zakat yang disumbangkan oleh masyarakat dan dimanfaatkan sekitar 13,000 individu."

- Encik Esa Masood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >