Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakti Singtel di tengah Covid-19 dihargai

Diberi penghargaan tertinggi Dana Masyarakat kerana sokong pembangunan dan inklusif terhadap kumpulan rentan
Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SEJAK September, kakitangan Singtel kerap mengunjungi pusat kegiatan warga emas serata Singapura untuk mengajar mereka kemahiran digital baru, misalnya cara menggunakan aplikasi TraceTogether dan Whatsapp, serta wadah seperti YouTube.



Ia sebahagian pakej penjagaan masyarakat berjumlah $3 juta sumbangan syarikat telko itu bagi membantu warga emas belajar mengenai alat dan kemahiran teknologi dan membantu perusahaan kecil dan sederhana mendigitalisasikan operasi mereka.



Kakitangan dan pengarah Singtel juga mengumpul $2 juta untuk menyokong masyarakat terjejas oleh pandemik Covid-19, dengan dana itu disalurkan kepada 18 badan amal dan perusahaan sosial menerusi Dana Masyarakat dan pelbagai kumpulan penjagaan kesihatan.



Bagi mengiktiraf usahanya menyokong pembangunan dan sikap inklusif terhadap kumpulan rentan dalam masyarakat, Singtel diberi penghargaan tertinggi dalam Anugerah Dana Masyarakat - Anugerah Pinnacle - semalam, lapor The Straits Times.



Tahun ini, Anugerah Semangat Masyarakat khas juga disampaikan kepada 107 pertubuhan dan individu bagi sumbangan mereka kepada usaha berkait pandemik itu, kata pengerusi Dana Masyarakat, Encik Phillip Tan, di majlis yang ditayangkan langsung dari Istana.



Anugerah itu mengiktiraf sumbangan wang dan barang keperluan seperti pelitup dan sanitiser tangan.



Encik Tan berkata beliau tersentuh ramai rakan kongsi tampil menolong golongan susah semasa pandemik ini, dan mengucapkan terima kasih kepada syarikat lain yang mendukung amalan perniagaan inklusif.



"Keperluan sektor (sosial) akan hanya meningkat dan menjadi lebih rumit dan rencam dari masa ke masa. Adalah penting kita semua mengambil pendekatan gotong-royong bagi menyokong masyarakat rentan dalam kalangan kita," tambahnya.



Presiden Halimah Yacob menghadiri majlis penyampaian anugerah itu, yang dihoskan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Sebanyak 272 pertubuhan dan individu diiktiraf di majlis itu.



Sementara itu, Dana Masyarakat mengumpul $58.7 juta keseluruhannya pada tahun kewangan 2019. Ini berbanding $54.2 juta pada tahun kewangan sebelumnya.



Ia akan menyokong lebih 80 agensi perkhidmatan sosial, termasuk kumpulan rentan seperti kanak-kanak berkeperluan khas dan belia berisiko, golongan dewasa kurang upaya, golongan mengalami kesihatan mental, warga emas dan keluarga rentan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >