Bala sebenarnya ujian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Bala sebenarnya ujian

Apr 10, 2020 | 05:30 AM

PERKATAAN 'bala' sering dikaitkan dengan musibah atau perkara buruk akibat perbuatan sesuatu pihak.

Namun, Timbalan Pengarah (Pembangunan Keupayaan) di Pejabat Mufti, Ustaz Dr Mohamed Hannan Hassan, berkata bala dalam Islam sebenarnya bermaksud ujian.

"Ujian ini boleh yang baik, dan boleh yang tidak baik. Sehingga Al-Quran juga telah sebut 'bala hasanah', maksudnya bala yang baik," kata beliau, yang bakal menjadi Timbalan Mufti bulan depan.

Beliau memberi huraian itu di podcast Berita Harian - #NoTapis - apabila ditanya tentang penularan koronavirus Covid-19.

"Bagi saya, ini adalah peluang untuk yang sakit dan yang sihat tampil ke depan. Apabila kita diuji, apa reaksi kita?" ujarnya.

Dengar terus penjelasannya dalam podcast #NoTapis.

Berikut tiga cara mudah untuk nikmati podcast Berita Harian #NoTapis

1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak anda.

2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.

3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami. Cari judul : #NoTapis - Koronavirus - Bala' atau Ujian?

Anda juga boleh ikuti podcast kami di www.BeritaHarian.sg atau 'Follow' di Spotify. pautan bagi podcast ini ialah https://spoti.fi/3bNL1CJ

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map