Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Balik' kerja ke pejabat mulai hari ini

Sehingga 75% pekerja dibenarkan berada di ofis dengan had masa ditiadakan di bawah peralihan kepada corak kerja lebih hibrid
Apr 05, 2021 | 05:30 AM



BERMULA hari ini, bilangan pekerja yang dibenarkan kembali ke kerja pada satu-satu masa akan meningkat daripada 50 peratus sebelum ini kepada 75 peratus.



Had masa yang dibenarkan untuk pekerja berada di pejabat juga telah ditiadakan.



Garis panduan ini ialah untuk beralih kepada corak pekerjaan yang lebih hibrid, berbanding bekerja dari rumah sebagai pilihan pertama, sesuatu yang telah dilaksanakan hampir setahun sejak April tahun lalu.



Majikan terbesar negara, pihak pemerintah, menggalak para pegawai perkhidmatan awam yang boleh bekerja dari rumah agar kembali ke pejabat, tiga daripada lima hari kerja sebagai satu garis panduan umum.



Sementara itu, Changi Airport Group (CAG) telah memberitahu kakitangannya mereka yang bekerja dari rumah akan kembali ke pejabat pada hari tetap setiap minggu dengan kumpulan mereka. Ini akan ditambah secara berperingkat bagi menyesuaikan pekerja kembali bekerja di pejabat, kata seorang jurucakap.



Menurutnya, 80 peratus kakitangan CAG telah divaksinasi dan ini memberi keyakinan untuk kembali ke pejabat.



Secara keseluruhan, sekitar 23,000 pekerja penerbangan di barisan hadapan telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19.



Sementara itu, peruncit di kawasan pusat bandar (CBD) menyambut baik kelonggaran pada sekatan kerja dari rumah (WFH), meski ada yang masih ragu-ragu sama ada masih terdapat pekerja yang akan terus bekerja dari rumah.



Seorang peruncit, pengasas bersama The Closet Lover, Cik Bertilla Wong memberitahu The Business Times: "Kedai runcit kami di Raffles Xchange pastinya akan meraih manfaat daripada perubahan ini dan diharapkan akan terdapat kenaikan pada penjualan ekoran perubahan ini."



Seorang pekerja yang akan kembali ke pejabat hari ini ialah jurutera kanan Zaahidah Azman, 41 tahun.



Menurutnya, penyesuaian perlu dibuat seperti mana yang dibuat sekitar setahun lalu apabila beliau tiba-tiba perlu bekerja dari rumah.



"Ketika itu, banyak tapak binaan tutup, jadi sebagai jurutera, kami juga tidak dapat meneruskan projek.



"Justeru banyak kerja dilakukan dari rumah. Penyesuaian perlu dibuat lebih-lebih lagi apabila anak-anak juga perlu belajar dari rumah.



"Sebagai ibu dan pekerja, kita perlu buat banyak imbangan dan memastikan semua tugas rumah, kerja dan keperluan anak-anak dipenuhi," ujar ibu tiga anak berusia antara 10 tahun dengan 13 tahun ini.



Namun setelah setahun menyesuaikan diri, kini Cik Zaahidah perlu kembali ke kerja seperti kebanyakan pekerja lain.



Beliau perlu kembali ke kerja tiga kali seminggu dan dua hari lagi, ke tapak binaan.



Beliau bagaimanapun tidak begitu khuatir kerana langkah-langkah pengurusan selamat tetap dilaksanakan di pejabatnya.



Selain itu, katanya, rakyat Singapura sekarang lebih sedar tentang norma baru seperti memakai pelitup dan menggunakan sanitasi bagi melindungi diri mereka dan orang sekeliling.



"Saya sebenarnya tidak sabar juga untuk bertemu dengan rakan sekerja yang sudah lama tidak berjumpa. Meski sekadar jumpa mereka secara dalam talian sebelum ini, tetapi ia tidak sama dengan interaksi antara manusia," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >