Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Bandar sivik SG bermandi cahaya rai pesta 'Light to Night'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bandar sivik SG bermandi cahaya rai pesta 'Light to Night'

Jan 14, 2022 | 05:30 AM

BANGUNAN di Daerah Sivik akan bermandi cahaya pelbagai warna mulai hari ini, sebagai sebahagian daripada Pesta Light to Night, iaitu acara utama Minggu Seni Singapura tahun ini.

Pesta tahunan itu akan diadakan selama tiga minggu hingga 3 Februari ini.

Membawa tema New Ways of Seeing, Thinking and Being atau cara baru melihat, berfikir dan wujud, edisi 2022 Pesta Light to Night bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mendekati semula dan meraih perspektif baru mengenai dunia di dalam norma baru.

Pengunjung boleh menyaksikan unjuran cahaya pada bangunan ikonik selain muzik dan persembahan secara langsung di Galeri Nasional Singapura serta menyertai program dalam talian.

Pesta Light to Night 2022 anjuran Galeri Nasional Singapura, dengan kerjasama Muzium Tamadun Asia, Capitol Singapore, Esplanade - Theatres on the Bay, Funan, Lembaga Perpustakaan Negara, The Arts House dan Dewan Konsert Victoria.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk mengunjungi pesta itu secara fizikal. Ia berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3