Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bandar Tampines tumpu inisiatif sumber makanan mampan

May 05, 2022 | 05:30 AM



PENGUNJUNG akan dapat mempelajari lebih banyak usaha bandar Tampines menghasilkan makanan secara mampan melalui satu pameran di Our Tampines Hub (OTH).



Berjudul 'Tampines Goes Farming', pameran itu akan memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif kebun di bandar dan sumber makanan mampan.



Penduduk juga boleh menjangka dapat melibatkan diri dalam inisiatif berkebun termasuk program hidrofonik, taman berbumbung dan taman menegak dalam masyarakat.



Pameran itu telah dilancarkan hujung minggu lalu di OTH. Pameran itu dianjurkan bersama Kelab Masyarakat lain di Tampines Central, Tampines North, Tampines East, Tampines West dan Tampines Changkat.



Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines; serta penasihat akar umbi ke GRC Tampines lain seperti Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Mayor CDC North East Desmond Choo; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.



Pendekatan dalam membangunkan sumber makanan mampan di Tampines bertujuan memperbaiki kesejahteraan masyarakat dan penduduk selain memanfaatkan sekitaran.



Ia juga membolehkan penduduk mendapatkan lebih banyak akses kepada makanan berkhasiat yang penting untuk kesihatan tubuh dan minda.



Encik Masagos berkata pameran itu merupakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha menjadikan Tampines sebagai satu EcoTown atau Bandar Eko menjelang 2025.



"Selain itu, membolehkah inisiatif berkebun yang kian berkembang dengan hidrofonik dan berkebun di koridor, kita sekarang sedang bekerjasama dengan Netatech untuk meluaskan perkebunan secara menegak, yang terletak kini di Blok 146 Tampines, dan pasu menara Farmer Nick's di Blok 723A, yang membantu mereka untuk menjadi lebih berdaya maju secara komersial dan diharap dapat membantu penduduk dengan menawarkan sayur-sayuran segar yang dimampui," tulis Encik Masagos di Facebooknya.



Beliau berkata perkara yang lebih menarik ialah sistem ikan yang disimpan di dalam kontena Aqualita yang boleh menggunakan tapak HDB untuk memelihara ikan siakap dan kerapu.



Kesemua program di Tampines direka untuk melibatkan pendekatan meluas masyarakat.



Pameran itu diketengahkan di sepanjang kawasan Festive Walk East di OTH sekarang sehingga 25 Mei ini.



Pameran ini akan mengetengahkan program berkebun bandar di Tampines seperti berkebun dengan teknologi tinggi secara menegak di Tampines Town dan taman herba di taman masyarakat dekat Tampines Changkat.



Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, OTH akan menganjurkan siri pendidikan bagi penduduk, selain pelbagai aktiviti menarik bagi keluarga muda.



Inisiatif 'Tampines Goes Farming' merupakan sebahagian daripada pelan induk lima tahun Bandar Tampines bagi membangunkan bandar inklusif, mampan dan menghijau dengan porgram mesra-eko dan kemudahan bagi dinikmati penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >