Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan 32 tahun raih 5 gred A dan 1 gred B dalam GCE 'A'

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



SEORANG banduan berusia 32 tahun mencapai keputusan cemerlang - lima gred A dan satu gred B - dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' tahun lalu yang didudukinya di Sekolah Penjara Tanah Merah.



Beliau mencapai keputusan terbaik dalam kalangan lapan banduan yang menduduki peperiksaan itu di sekolah tersebut.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, sangat bangga akan kecemerlangan banduan itu dan mengongsi mengenainya dalam satu pos tambahan di Facebook.



Apabila ditemu bual Berita Harian semalam, banduan tersebut berkata beliau sangat gembira mengenai keputusannya dan sangat ghairah untuk memberitahu ibunya.



"Ini salah satu kejayaan besar dalam kehidupan saya dan saya berasa sangat lega kerana dapat mencapainya," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Penjara di Tanah Merah 1 dan berkata tanpa sokongan mereka, dia tidak akan meraih kejayaan tersebut.



Dalam pos Facebooknya, Dr Faishal berkata menurut Frank ibunya menjadi sumber dorongan dan tunggak kekuatannya.



"Keluarga saya adalah dorongan utama saya memperoleh kekuatan dan azam terus maju. Saya rasa sudah tiba masanya saya mengukir senyuman pada wajah mereka dengan menghasilkan keputusan baik.



"Itulah motivasi saya dan saya enggan menerima kegagalan sebagai alternatif," ujar banduan itu.



Dr Faishal berasa gembira mendapat tahu dia merancang melanjutkan pelajaran dan ingin memohon ke Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk menceburi bidang kewartawanan.



"Saya juga berasa sangat bangga akan kejayaan yang Frank (nama samaran banduan itu) telah capai dan saya doakan yang terbaik untuknya mencapai segala impiannya," ujar Dr Faishal.



Dalam pada itu, Frank menasihatkan orang lain supaya usah berputus asa dalam pendidikan.



"Pendidikan akan membantu membuka lebih banyak peluang dan menambah ilmu pengetahuan. Lebih bermanfaat melanjutkan pendidikan demi masa depan yang lebih baik," kata Frank, yang berkata beliau berasa sukar kembali belajar selepas lebih 10 tahun tidak belajar.



"Permulaannya memang sukar, namun hasil daripada semua usaha, sikap dan tekad anda akan terbayar dan ia sangat memuaskan," nasihat Frank.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >