Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan patahkan rahang, hidung rakan setahanan gara-gara pisang

Feb 11, 2016 | 11:07 AM



Seorang banduan memukul muka rakan setahanannya menggunakan lututnya dan kemudian mematahkan rahang dan hidung beliau - semata-mata kerana menyangka rakannya mengambil satu pisang tambahan semasa mereka makan tengah hari.


Muhammad Fazil Salleh, 38 tahun, dihukum penjara tiga tahun dan rotan enam kali pada Rabu (10 Feb), selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan parah.


Dia juga mengaku mencuri sepeket pisau cukur berharga $56 dari sebuah pasar raya NTUC FairPrice di Chai Chee, hanya dua bulan selepas dibebaskan dari penjara dan ketika dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah berhubung kes serangan itu.


Kerana melanggar perintah pengampunan penjara, Fazil diberi hukuman tambahan penjara 59 hari, iaitu jumlah baki tempoh tahanannya.


Dia juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit di sebuah kedai di Bedok North Avenue 2. Kesalahan itu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa pada12.15 tengah hari pada 3 April tahun lalu, Fazil, yang berada di penjara kerana mencuri, sedang makan tengah hari dengan Puspanathan Ramachandran, 33 tahun tahun, di Penjara Admiralty West apabila mereka bertengkar mengenai Ramachandran mengambil pisang tambahan.


Fazil menampar muka Puspanathan dan menyerang beliau di dada menggunakan lututnya.


Selepas Puspanathan jatuh, Fazil sekali lagi menyerang mukanya menggunakan lututnya.


Hasil kecederaannya, Puspanathan terpaksa menjalani pembedahan dan keluar dari Hospital Besar Changi enam hari kemudian, dan diberi cuti hospital sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >