Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangga ikut jejak arwah datuk dan ayah jadi 'butler' di Istana

Jul 15, 2019 | 05:30 AM



KE mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.



Pada usia muda 16 tahun, Encik Ismail Abdul Ghani merebut peluang mengikuti jejak langkah arwah datuk dan bapanya menggalas tugas sebagai 'butler' di Istana iaitu kediaman presiden Singapura.



Kehidupan keluarganya yang susah pada ketika itu memaksa beliau membantu arwah bapanya, Allahyarham Abdul Ghani Abdulla, untuk menambah pendapatan keluarga.



Bapanya menjadi 'butler' selama 25 tahun.



Anak lelaki sulung dalam keluarga 10 adik-beradik itu mengongsikan pengalaman pada hari pertama mula bekerja di Istana.



"Ketika itu, saya terlalu muda untuk bekerja di Istana, lantas mereka meletakkan saya di rumah Presiden Yusof Ishak, Sri Melati, yang terletak dekat dengan Istana.



"Di situ, saya memberi khidmat kepada keluarga Presiden Yusof, belajar cara mengemas dan menghidang makanan," ujarnya yang segak bersut putih tatkala ditemui Berita Harian (BH) di Istana pada Khamis lalu.



Seragam yang diperagakannya itu seakan mencerminkan kemegahan kediaman presiden Singapura.



Pejam celik, sudah hampir 55 tahun 'anak remaja' itu berkhidmat di Istana.



Bahkan Encik Ismail, yang kini berusia 70 tahun, menganggap kediaman itu seperti rumah beliau sendiri.



"Istana seperti rumah saya. Saya akan selenggara dan bersihkannya macam rumah saya sendiri," katanya yang kini merupakan 'butler' kanan di Istana.



Tugas harian Encik Ismail memerlukan beliau memastikan kediaman itu sentiasa dalam keadaan sempurna apabila ia dibuka untuk menyambut pemimpin dari serata dunia. Selain itu, beliau turut memberi layanan peribadi ketika mereka membuat lawatan di sana.



Antara tetamu Istana yang masih lagi terpahat di ingatan Encik Ismail adalah Ratu Elizabeth dari Britain.



Pada awal tahun 1970-an, Ratu Elizabeth pernah menetap di Istana semasa kunjungannya di sini.



"Sayalah yang menjaganya ketika itu. Pada 2006, semasa Encik S R Nathan menjadi presiden negara, beliau (Ratu Elizabeth) datang kembali ke Istana. Tak sangka, beliau masih ingat saya. Beliau sempat puji layanan yang saya berikan bertahun dulu. Ia satu detik yang tidak dapat saya lupakan," kongsi bapa tiga anak itu. Isterinya seorang suri rumah.



Tanpa pendidikan dalam sektor hospitaliti, Encik Ismail bergantung kepada arwah bapanya yang berkhidmat di Istana semasa penjajahan British sebagai 'buku rujukan' untuk beliau menjadi seorang 'butler'.



"Saya banyak timba ilmu daripada arwah bapa saya. Semasa kerja, dia akan ajar saya macam mana nak hidang minuman. Nanti, di rumah pun dia akan sambung ajar saya cara lipat napkin meja makan pula.



"Nak jadi 'butler' tidak sukar, kita hanya perlu ikut peraturan. Yang penting adalah kita mesti jujur dan ikhlas dalam kerja yang kita buat. Kesabaran juga harus ada," pesan Encik Ismail.



Beliau juga tidak pernah lokek dalam memberikan layanan yang melebihi tugas sebenarnya.



"Selain seorang 'butler' kanan, saya juga masak untuk Presiden Halimah Yacob. Saya gembira beliau suka dengan masakan saya," katanya.



Ditanya apa yang mendorong beliau untuk kekal berkhidmat di Istana, Encik Ismail menambah:



"Saya sayang kepada Istana. Sebab itu, saya cinta kepada pekerjaan saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >