Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bangga komitmen pegawai penjara bantu pesalah jalani pemulihan

Faishal luang masa berbuka sambil dengar perkongsian pengalaman, tugas dan tanggungjawab
May 04, 2021 | 05:30 AM



TUJUAN yang kukuh dalam melaksanakan tugas membantu pegawai penjara mengatasi kesukaran yang dialami dalam melakukan kerja mereka.



Memuji para pegawai itu, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata rasa bangga dalam menjalankan tugas mereka amat ketara dalam diri para pegawai penjara yang berkhidmat di negara ini.



Dr Faishal baru-baru ini telah berbuka puasa dengan mereka sambil mendengar perkongsian pengalaman serta tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai penjara.



Menulis di Facebook, beliau berkata:



"Mendengar kisah mereka, rasa bangga mereka terhadap tugas yang dilakukan amat ketara dalam kisah-kisah mereka membantu pesalah dalam perjalanan pemulihan mereka.



"Tugas yang perlu dilakukan memang sukar, namun para pegawai yang terdorong, mempunyai sikap belas ihsan dan berdedikasi ini memberikan yang terbaik untuk membimbing, menyokong dan memberi motivasi kepada para pesalah."



Selain para pegawai penjara, Dr Faishal turut melawat penjara beberapa kali Ramadan ini untuk meluangkan masa berbuka puasa dengan para pesalah.



Menurut Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), para pesalah yang mahu berpuasa disediakan dengan makanan bagi sahur dan iftar.



Pengumuman akan dibuat ketika masuk waktu berbuka puasa.



Mereka juga dibenarkan melakukan solat tarawih dalam sel penjara masing-masing, dan pada waktu siang pula, mereka dibenarkan mengaji.



Selain itu, SPS turut menyediakan kemudahan bagi para pesalah membayar zakat, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang dapat melakukan hal tersebut buat mereka.



Pada Aidilfitri pula, SPS akan menganjurkan solat Hari Raya bagi para pesalah, dengan sukarelawan asatizah mengimamkan solat serta menyampaikan khutbah.



Tahun ini, Mufti Singapura, Dr Naziruddin Mohd Nasir, dijangka menyampaikan ucapan khas bagi para pesalah demi memberi dorongan kepada mereka agar cekal dalam perjalanan pemulihan mereka serta keluar dari penjara kelak sebagai insan yang lebih baik.



Para pesalah juga digalak menghantar kad Hari Raya secara dalam talian atau nyata kepada keluarga mereka untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >