Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bangkit ubah diri walau 25 tahun terjebak dalam dadah

Ibu tujuh anak hargai jasa relawan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) kendalian Muis sokong dan bimbing beliau dan anak-anaknya.
Jan 09, 2022 | 05:30 AM



TERJEBAK dalam dunia dadah sejak berusia sembilan tahun, Cik Nur Azizah Abdul Gafar akhirnya berubah - selepas sekitar 25 tahun.



Menurut ibu tujuh anak yang dibebaskan daripada penjara awal tahun ini, perubahan itu berlaku selepas beliau menemui seorang relawan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga, atau Fitrah, Cik Ernie Indrawati Ramlan.



Cik Azizah, 34 tahun, berkata Cik Ernie menguatkan semangat beliau untuk berubah dengan sikapnya yang menerima beliau dan keluarganya dengan tangan terbuka.



Selain membantu menyalurkan bantuan daripada agensi sosial kepada anak-anak di bawah jagaan Cik Azizah, Cik Ernie, 48 tahun, menawarkan bimbingan asas agama dan sokongan sosial serta emosi kepada Cik Azizah, yang menurutnya berasa kehilangan arah selepas bebas daripada penjara.



"Sebelum ini, saya tidak pernah berasa yang saya diterima dalam masyarakat... dengan tatu sepenuh badan dan kesalahan yang saya dah lakukan. Kak Ernielah satu-satunya orang yang membuat saya rasa saya tidak keseorangan dan tidak ketinggalan," kata Cik Ernie.



Beliau ditemui Berita Harian semasa satu acara cuti keluarga di Gardens by the Bay anjuran Fitrah, yang dikendalikan Majlis Ugama Islam (Muis), baru-baru ini.



Cik Azizah menceritakan bahawa beliau terjebak dalam penyalahgunaan dadah pada usia kanak-kanak kerana terpengaruh oleh "abang-abang" yang menghisap dadah di kejiranannya di Ang Mo Kio dahulu.



Anak ketiga daripada empat beradik itu menyifatkan dirinya sebagai seorang yang lebih suka berdikari dan tidak rapat dengan keluarganya sejak kecil.



Kawan sahaja yang boleh menawarkan apa sahaja bantuan kepadanya ketika itu, kata beliau.



Menurut Cik Azizah selain mengambil dadah Ice, beliau juga "tolong jual-jual dadah" semasa remaja. Pada 2003 dan 2006, beliau ditangkap dan dipenjara beberapa minggu.



Pada 2017, Cik Azizah dihukum penjara lima tahun yang kemudiannya dikurangkan kepada tiga tahun empat bulan. Ketika itu, beliau, yang sudah bercerai tiga kali, sudah merupakan seorang ibu tujuh anak yang kini berusia tujuh hingga 17 tahun.



Anak sulungnya ditempatkan di sebuah rumah tumpangan, tiga lagi anaknya diletak di bawah penjagaan dua bekas suaminya, dan seorang dijaga oleh sebuah keluarga titipan.



Lagi dua anaknya, berusia lapan dan tujuh tahun, dijaga oleh Cik Azizah, yang dibantu ibu bapanya serta ibu bapa bekas suami ketiganya yang tinggal berdekatan flat sewa sebiliknya di Woodlands Rise.



"Semasa saya di dalam penjara, itulah kali pertama saya perasan, anak-anak saya sudah tidak lagi dalam penglihatan saya," katanya.



"Saya berkata kepada diri saya, kalau saya masuk lagi, habislah hidup saya dan anak-anak saya."



Tanpa sebarang sijil pelajaran sejak tercicir daripada sekolah semasa menengah dua, dan tanpa pekerjaan tetap, Cik Azizah tidak tahu bagaimana untuk memulakan hidupnya semula selepas dibebaskan daripada penjara.



Namun, dengan bantuan daripada Cik Ernie, anak-anaknya kini disokong oleh bantuan daripada badan perkhidmatan sosial, dan beliau mendapat bantuan bagi sewa rumahnya dan bil api air.



Cik Azizah kini bekerja sambilan di firma penghantaran pasar raya dalam talian RedMart untuk menyara keluarganya, dengan pendapatan yang tidak tetap sekitar $100 sehari.



Beliau berkata bimbingan agama dan sokongan emosi serta sosial oleh Cik Ernie membantunya bangkit.



"Sebelum ini saya tak tahu apa-apa pun tentang agama, tapi Kak Ernie yang ajar saya. Setiap hari, dia akan beri saya kata-kata perangsang untuk memberi saya motivasi untuk teruskan kehidupan setiap hari. Sekarang saya cuma nak jadi ibu yang baik bagi anak-anak saya," kata Cik Azizah.



Bagi Cik Ernie pula, antara bantuan paling baik yang boleh diberi kepada bekas pesalah dan keluarga mereka ialah sokongan emosi dan sosial, apatah lagi daripada saudara sebangsa dan seagama.



Cik Ernie, seorang pegawai pengawal kredit di sebuah syarikat telekomunikasi, menyertai Fitrah pada 2019 dan kini membantu sekitar lima keluarga bekas banduan.



Meskipun tidak dapat berjumpa secara fizikal ekoran Covid-19, yang menjejas banyak program Fitrah, Cik Ernie berhubung dengan keluar yang dibantunya menerusi Whatsapp secara kerap.



"Bantuan kewangan, sosial, pekerjaan dan lain-lain lagi semua sudah disediakan agensi-agensi di luar sana. Apa yang diperlukan mereka ialah bimbingan dan sokongan daripada kami, daripada masyarakat.



"Ini bantuan daripada masyarakat kepada masyarakat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >