Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bangku 'Boing Boing' arkitek menang tanding reka seni awam

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI pereka seni bina selama lebih lima tahun, Encik Muhammad Ammar Mohamad Malek sudah biasa mengusahakan pelbagai projek reka bentuk.



Dari rumah privet kecil, ruang pameran hingga ke reka bentuk dalaman, beliau pernah melakukannya.



Namun begitu, tugasnya tidak pernah mengehadkan ahli seni bina daripada Quen Architects ini daripada meneroka metodologi reka bentuk yang lain.



Apabila mendapat tahu tentang Pertandingan Reka Bentuk Bangku Seni Awam One Holland Village MILL, beliau, yang berusia 31 tahun, menyahut cabaran untuk cuba reka sesuatu untuk keseronokan orang ramai pula.



Pertandingan Reka Bentuk Bangku Seni Awam One Holland Village MILL ialah satu inisiatif oleh Far East Organization yang dianjurkan dengan kerjasama studio kreatif FARM, yang memperkayakan landskap awam setempat dan semangat kemasyarakatan, dengan meraikan karya unik dan tulen oleh artis tempatan.



Sewaktu beliau di sekolah, Encik Ammar berkata beliau sering meluangkan masa bersama rakan-rakannya di kawasan Holland Village.



"Saya sering ke Holland Village selepas sekolah untuk menjamu selera di kedai kopi atau Burger King di sana.



"Ketika itu, terdapat masjid yang kecil, di mana saya akan menunaikan solat.



"Kini, sebagai seorang dewasa pula, kawasan itu turut menjadi tempat kami bersosial dan melakukan aktiviti bersama.



"Tidak kiralah berjumpa di kedai kopi di kawasan Chip Bee Gardens atau menjamu selera di restoran di sepanjang Lorong Mambong," kata Encik Ammar.



Tambahnya, kawasan itu kelihatan sederhana, namun menawarkan pelbagai pengalaman yang memenuhi cita rasa pelbagai jenis pelawat.



Diilhamkan oleh suasana di Holland Village, Encik Ammar telah menghasilkan reka bentuk bangku yang mempunyai kesan transformatif dan tidak dijangkakan sebaik sahaja orang duduk di atasnya.



Bangku yang direka bentuknya menggunakan besi spring sebagai komponen yang mengukuhkan tempat duduk bangku yang diperbuat daripada kayu.



Dinamakan 'The Boing Boing Bench', bangku itu akan bergerak mengikut gerak-geri individu yang duduk di atas bangku tersebut.



Menurut Encik Ammar, reka bentuk bangku tersebut diilhamkan oleh permainan di taman permainan yang juga menggunakan besi spring.



"Saya rasa ia menyeronokkan bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa yang berjiwa muda.



"Ini juga merupakan peringatan bahawa walaupun kehidupan mungkin tidak dapat diramalkan, kita boleh memilih untuk menerima setiap saat dan berseronok di sepanjang perjalanan," jelasnya.



Dengan reka bentuk yang unik ini, beliau berjaya menjadi salah seorang pemenang Pertandingan Reka Bentuk Bangku Seni Awam One Holland Village MILL.



Melahirkan perasaan gembira, anak ketiga daripada empat beradik itu berkata pertandingan ini menegaskan keupayaannya sebagai seorang pereka seni bina.



"Saya tahu bahawa pertandingan itu menerima banyak penyertaan, jadi saya menganggap bahawa peluang saya tipis.



"Namun, saya gembira apabila mengetahui bahawa usaha saya akhirnya membuahkan hasil dan reka bentuk saya diiktiraf oleh panel hakim yang terkemuka," kata lulusan Sarjana Seni Bina dari Universiti Nasional Singapura (NUS).



Pada 2020, Encik Ammar pernah menyertai satu lagi pertandingan 'Propose-A-Parklet', yang dianjurkan oleh The Substation untuk menghasilkan bangku yang dinamakan 'The (Kallang) Armenian Wave'. Penyertaan ini adalah bersama syarikatnya, Quen Architects.



Mengulas tentang pengalamannya dalam pertandingan ini, beliau berkata terdapat beberapa perkara positif yang dipelajarinya sepanjang perjalanan ini.



"Saya telah belajar untuk lebih mempercayai kemahiran reka bentuk saya sendiri dan sentiasa menikmati proses reka bentuk.



"Pertandingan ini juga membolehkan saya bereksperimen dengan lebih kreatif dalam menghasilkan idea dan penyelesaian reka bentuk.



"Ini adalah sesuatu yang akan saya cuba laksanakan dalam projek reka bentuk lain yang saya lakukan dalam masa akan datang," ujarnya.



Bangku itu dijadual dibina dan dipasang di bangunan One Holland Village pada awal 2023.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >